Tuesday, December 13, 2016

MULTIVITAMIN TERTUA DI DUNIA!

Si tua ni dah ada balik tau! Kenapa panggil si tua? Hehe. Vitamin ni dah wujud selama 100 tahun di dunia. Kalau tak bagus mana mungkin dapat bertahan sampai satu abad. Ye tak? 😘

Vitamin ni favorite saya masa dalam pantang tau. Masa dalam pantang kan macam-macam kita tak boleh makan. Jadi banyak la nutrisi yang lompong. 

Bila nutrisi banyak lompong, badan kita jadi tak cukup zat dan cepat lesu. Nak menyusu pun tak larat. 

Serius boleh nampak perbezaan ketara masa 1st three days saya tak ambil apa-apa vitamin. Badan rasa lesu je. Lepas nyusukan anak saya mesti rasa mengantuk dan terus tidur. Tak suka betul masa tu. Rasa weak je body.

Alhamdulillah lepas ambil Vitalea badan rasa cergas je. Susu nampak lebih pekat, baby pun tak banyak ragam. Time tu nak paksa tidur pun tak leh tidur. Celik je mata ni 😁

Highly recommended diambil ketika berpantang. Kalau dah ada anak berderet lagi la perlukan Vitalea ni. Kalau tak ambil mau pancit dan jadi hulk sokmo.
Sedap cerita ni..just sharing.

Ada seorang yang membuka bisnes ZOO HAIWAN.

Di pintu masuknya,dia menulis Rm 10.00/orang tp tdk ada 1 orang pun yg masuk..... Kerana beberapa lama tidak ada pengunjung maka harga ticketpun ia turunkan menjadi Rm7.00.. dan tetap tidak 1 orang pun mau masuk.... Sbb masih tidak tidak ada juga pengunjung akhirnya ia turunkan menjadi Rm3.00 dan tetap tidak ada pengunjung yang masuk !! 

Akhirnya di tulislah pengumuman:
*"MASUK PERCUMA"*
Kemudian banyak org yang berebut masuk. 

Ketika pengunjung di dalam penuh, si owner ini membuka semua pintu kandang binatang buas Singa..., Harimau..., Serigala..., Ular.... & pintu keluarnya sudah di Kunci ! (Lalu Di pintu keluar di tulis: *"Keluar Bayar Rm100.00 !!"* Banyak orang berebut bayar.. 

Inilah ironi kehidupan.... 

Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, komsumsi nutrisi penunjang kesihatan ( olahraga, minum air putih, pemakanan nutrisi kesihatan dlm upaya pencegahan penyakit) banyak org tidak mau.... Tapi kalau sudah masuk HOSPITAL, berapapun mahalnya biaya HOSPITAL, pasti akan dibayarnya utk dpt sembuh, sekalipun harus jual asset atau berhutang dan cari sumbangan. 

Sihat lebih baik daripada sembuh.. Karena Sihat itu murah.

Begitu juga spt bab sedekah..masa hidup RM100 tu tersangat berat nk keluarkan..tp bila dah berada d alam barzakh..agaknya jika diberi ksempatan hidup semula, infak RM beribu2 pun dah tak kisah.. 

Renung2kan.. 

Nak consume nutrisi kesihatan yang cukup dan lengkap dengan #landmarkstudy boleh contact saya.

Insha Allah.

PERLU KE MKN VITAMIN?? UBAT VS VITAMIN

- perlu ke vitamin ni?
- muda2/sihat2 kena ambik vitamin jugak ke?
- bukan vitamin ni untuk orang yg dah sakit ke?
Soalan2 ini selalu berlegar2 atau byk org tnye kat kita bila tau kita jual vitamin2 ni.
Mula-mula kena faham & ingat, vitamin BUKAN ubat. kita makan ubat SEMASA sakit. tapi kita makan vitamin (kalau boleh & lebih elok) SEBELUM sakit.
Ala-ala macam insuran lah. Kita ambik macam-macam insuran bayar sampai beratus-ratus setiap bulan tu SEBELUM sakit kan? kalau dah sakit baru nak ambik pasti kena REJECT kan?
Begitu lah juga vitamin. cuma bezanya, vitamin ni kalau dah sakit pun boleh makan lagi.
Kedua, jangan naif & dengar bulat-bulat kalau ada doktor (terutamanya yg muda-muda, pengalaman kerja pun tak seberapa tapi sokmo suka meroyan & menganjing orang lain kat Facebook) yang cakap “badan kita ni tak perlukan vitamin”. sebabnya, kerja doktor cuma MENGUBATI orang yang dah sakit. dengan kata mudah, kerja doktor jual ubat.
Profession yang mengutamakan “kurang risiko sakit supaya kekal sihat tak payah jumpa doktor” adalah kerja Nutritionist. kerjaya Nutritionist sama macam Doktor ke akauntan ke engineer ke, sama-sama kena ambik Ijazah baru layak di angkat sebagai Nutritionist. sebab kerja nutritionist bukan jual ubat, dia nak kita-kita ni seboleh mungkin supaya sihat sokmo sampai tak payah makan ubat yang ada macam-macam side effect tu.

TAK YAKIN DENGAN SHAKLEE????

SUMMARY LANDMARK STUDY SHAKLEE


'Landmark Study' kajian yg dibuat untuk mengkaji manfaat & risiko pengambilan pelbagai supplemen dlm tempoh yg panjang.

Kenapa tempoh yg panjang?

Supplemen bukan seperti ubat/drug yg boleh bagi kesan dalam tempoh masa yg cepat.
'Landmark Study' ini dijalankan oleh top saintis Universiti California, Berkeley, Dr Gladys Block.
Bukan org biasa-biasa ye.


Hasil kajian menunjukkan 'pengguna supplemen Shaklee' (kotak HIJAU) mempunyai risiko mendapat penyakit yg lebih rendah kecuali paras HDL (kolestrol baik) yg perlu tinggi.

Ringkasan konklusi daripada Landmark Study :
1) Ini kajian pertama yg bertujuan untuk melihat keselamatan & keberkesanan pengambilan supplemen untuk jangka masa yg panjang ( tiada siapa yg melakukan kajian ini selain Shaklee)
2) Pengguna Shaklee mempunyai paras nutrisi dlm darah yg lebih baik. (Terbukti produk Shaklee mudah diserap & digunakan dengan lebih baik di dalam badan)
3) Pengguna Shaklee mempunyai paras biomarker bagi risiko penyakit yg lebih baik. (Menggunakan produk Shaklee merendahkan risiko untuk mendapat penyakit)
4) Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yg rendah. (Menggunakan produk Shaklee meningkatkan taraf kesihatan anda)
5) Pengguna Shaklee menilai kesihatan mereka sebagai lebih baik. (Terbukti dengan Shaklee anda mampu hidup lebih sihat).
6) Tiada risiko yg dikesan berkaitan dengan penggunaan supplemen Shaklee. (Produk Shaklee selamat digunakan untuk jangka masa yg lama)

Jika anda ingin memiliki kehidupan yg lebih sihat, lebih bertenaga dan lebih daya tahan
SHAKLEE dah buktikan yg produknya dapat berikan apa yg anda cari

Kalau anda masih tak yakin & memilih produk lain, anda membuat pilihan yg SALAH.Tak ada syarikat lain yg lakukan kajian seperti Shaklee. TAK ADA!

Buka minda anda & lapangkan hati anda semula.

Pilihlah SHAKLEE. Pilihan yg terbaik & tepat!

Saturday, December 10, 2016

Saya dan Penyusuan

Assalamualaikum. Bertemu lagi dlm coretan kali ini. Stp hari mmg ada je plan nk tulis kat blog tp kerana kesibukan masa dan ruang dgn anak2, selalunya mmg asyik xmenjadi je. Jadi plannya, tulis le sikit2. Moga coretan ini dpt kusiapkn dgn segera.

Kali ini aku teringin nk berciter tentang penyusuan. Alhamdulillah Allah itu mudahkan stp perjalanan aku untuk menyusukan anak aku sndiri dr anak pertama lagi. Walau tidak berjaya mencapai usia 2 tahun, dek kerana hamil anak seterusnya, aku mmg sentiasa berdoa aku tidak putus susu sepanjang menyusukan anak2ku.

Alhamdulillah, setelah 3 anak, aku dpt rasakan pengalaman menyusukan Ayulily Maryam ini adalah sgt memberangsangkan. Maryam kini sudah pun 3 bulan, Dia blm pernah lg minum susu formula, klu ada pun hanya satu malam ketika dia kena duduk kat wad Hospital Shah Alam kerana kuning. Selain dr itu, Maryam hanya minum susuku. Aku pun perasan simpanan susu stok untuk Maryam alhamdulillah sgt meriah jika nk dibandingkan dgn 2 pengalaman menyusu sebelum ini. Dan yg paling aku rs pengalaman menyusu kali ini sgt menyeronokkan sbb aku tidak memerlukan mesin pengepam susu untuk mengepam susu. Aku perasan bila tiap kali aku mengepam guna mesin, susu yg keluar agak lambat n xberapa byk sedangkan aku rs susu aku ada n byk. Jd aku cuba untuk perah dgn tgn - org kt kaedah marmet. Memang hasilnya agak byk berbanding dgn mesin. Tapi mungkin sbb xbiasa marmet, jd aku tetap pam susu guna mesin bila dah mula kerja. Bila suatu hari, aku tertinggal tube mesin susu tu, aku mula buat marmet kat opis, aku dpt hasil susu tu dgn lebih cpt. Sejak hari tu, aku decide untuk tidak lagi menggunakn mesin  Spectra 3 ku lagi. Tak perlu lg susah payah nk bw mesin tu ke opis stp hari. Sekarang ni, cuma bw botol je. Stp hari aku memastikan aku berjaya membw blk susu sekurang2nya dlm 12 oz~15oz. Alhamdulillah. Bknlah nak kata marmet tu mudah, tp aku bertabah untuk menggunakn tangan sbb ku pk lbh cpt nak penuh satu botol berbanding dgn mesin.

Aku harap aku boleh bertahan mengepam susu sehingga aku dpt bg susu ibu pada Maryam sehingga cukup usia 2 tahun. Dua anak sebelum ini aku xberjaya mencapai usia 2 tahun kerana hamil anak seterusnya. Macam masa Mawar, aku sempat bg susu kat dia sehingga usia 1 thn 5 bulan tp itu pun ku topup dgn susu formula, bila stock xmencukupi. Ketika Naufal pula, dia hanya sempat menyusu penuh susuku sehingga usia 5 bulan kerana selepas itu, bila aku disahkan hamil anak ketiga, Naufal dah xmahu lagi menyusu dgn aku.

Ingin aku kongsikan di sini, sepanjang waktu aku menyusu ini, mmg aku sentiasa mengamalkn minum ESP dan makan Vit C Plus Shaklee secara konsisten dr anak pertama. Aku makan juga Alfafa semasa dalam pantang n selepas pantang untuk beberapa bulan semasa anak pertama dan kedua. Cuma bila dah jd fully SID ini, aku mmg mengamalkn set hamil Shaklee spjg hamil anak keiga juga makan set berpantang Shaklee spjg tempoh berpantang. Sekarang ini, kerana ingin mmberi yg terbaik untuk Maryam sepanjang tempoh menyusu,  aku mmg konsisten minum ESP setiap hari untuk 3 kali minum spy susu lebih pekat. Untuk memastikan berat bdn tidak bertambah, juga untuk megelakkan susu bengkak, aku tidak akan lupa, makan Lecithin 6 biji  stp pagi sebelum sarapan dan 3 biji Omega Guard selepas lunch. Untuk dalaman dan juga untuk menambahkn susu, Alfafa tentunya mnjd pilihan utk ku telan 9 biji stp hari. Juga tidak lupa untuk kecantikan kulit dan kesihatanku dan juga baby, dah tentu Vit C Plus dan Vitalea. Kalau malam2, sebelum nak tdo, kena pastikan makan Ostematrix 4 biji stp mlm, untuk mengurangkan sengal2 badan n sakit lutut dan tapak kaki. Oste juga berperanan untuk mengelakkn sembelit.

Alhamdulillah mungkin asbab2 di atas itu jugalah, Allah mudahkan urusan aku dlm memberi yg terbaik untuk Maryam. Sebenarnya vitamin2 di atas sbg makanan tambahan yg membuatkan aku cukup nutrisi dan dpt mnyusukan Maryam dgn lebih baik. Klu pun aku dilanda selsema n batuk itu adalah dugaan dr Allah. Bknlah sbb kita mkn semua vitamin tu kita dah xperlu sakit. Sakit ke sihat ke smua itu dtg dr Allah. Jgn berfikir buat apa mkn vitamin tp tetap sakit. Kita kan berusaha n berikhtiar. Jgn limitkan pandangan kita dgn satu pendapat. Apa yg aku amalkn hanya ingin yg terbaik untuk anak2. So far Shaklee adalah produk yg aku rs sgt selamat untuk diamalkn kerana dia ada kajian Landmark Study dr luar negara. Apa itu Landmark study? Silale google.

Harapnya coretan tentang pengalaman aku mengenai penyusuan ku selama ini dpt memberi inspirasi kepada ibu2 di luar sana yg ingin menyusukan anak dgn susu ibu. Ingin tekankan di sini, nak susu byk ke apa, bukanlah semestinya perlu makan vitamin2 atau apa juga yg org kata blh bykkan susu. Semuanya adalah brgantung kepada rezeki kita. Jika kita makan apapun kalau Allah tu xnk bg, xbyk juga, tp ada kawan tu xmkn apa2 pun, tp klu Allah tu nk bg byk, byklah susu dia. Jd nape nk makan vitamin2 ni, Saya makan sbb saya usaha n ikhtiar spy saya ni cukup nutrisi untuk memberi susu yg terbaik untuk anak. Byk ke tak itu semua bergantung kepada rezeki dr Allah.

Moga anda semua dapat memberi yg terbaik untuk anak2 anda. Insha Allah.

Sampai jumpa lagi.



Friday, December 9, 2016

Mula bisnes dgn Shaklee

Dulu ms anak pertama, just mkn je Shaklee ni. Xpernah terpk nk jadi ahli pun wlu konsistent mkn ESP n Vitamin C. Bila nk masuk anak kedua, baru terpk nak jadi ahli. Tp itu pun mmg mkn je, xde terpk nk buat bisnes. tp klu ada sape nk beli dgn kita, ok je.
Cuma bila nak masuk anak ketiga, baru terpk nk buat bisnes. Baru terbuka minda tgk org2 yg dah berjaya dlm Shaklee. Mereka yg hanya duduk di rumah, surirumah spenuh masa tetapi punye income lbh dr kita yg bekerja. Sgt2 memberi inspirasi.
Setakat ni klu kita nak buat biz Shaklee kita cuma bermula dgn modal RM68.90 aje tau (xtermasuk gst n postage).
Kalau korang cakap kena RM10 000 ke RM20 000 ke..tu salah ya.Jangan terpengaruh dengan belian pangkat ke apa k ..Nangis nanti stok simpan bawah katil aje. Lagi-lagi mulakan bisnes dengan buat loan..mau lagi teriak org kedah cakap..
Sebenarnya dgn Shaklee ini, janji kita ada smartphone..line internet. Klu tak reti langsung nak promote ..jangan risau kita ada support group yg bantu..poster cun-cun pun ada.
Jom cari side income untuk hadapi tahun 2017 yg lagi mencabar!!!
Bisnes ni kene pilih yang paling minimum modalnya, dan tak perlu beli stok bertimbun-timbun, tapi last sekali semua tak laku.
Shaklee punya bisnes adalah sangat sempoi. Orang order je baru beli.
Nak beli pon ada 3 cara mudah
 ONLINE www.shaklee2u.com.my
 CALL Shaklee hotline
 Visit HQ di Sunway Pyramid, atau mana2 branch berdekatan.
1. wangsa Maju
2. Ipoh
3. JB
4. Kota Bharu
5. Kota Kinabalu
6. Seberang Jaya
Lagi mudah bila Guidance disediakan okeyhhhh. Nak beli barang, nak consult customer, nak close sale, macam2 lagi kami berikan guide. Tadah dan DO IT sahaja!
Berminat?
Jom sembang!

Thursday, December 1, 2016

Ayulily Maryam binti Suhaimi

Assalamualaikum... kembali bertemu dlm blog kali ini slps setahun meninggalkannya. Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ini dgn segala kurniaan rezeki yg tidak terhitungnya dr Allah.


Selepas setahun berlalu, alhamdulillah keluarga kami telah bertambah. Dari dua org anak, kini telah ada seorang lagi puteri yg ku beri nama Ayulily Maryam binti Suhaimi.


Kehadiran Ayulily Maryam dalam kehidupan kami adalah anugerah dr Allah yang tidak pernah kujangka. Allah adalah sebaik2 perancang. Hanya Dia yg tahu apa yg terbaik untuk kami.


Ayulily Maryam dilahirkan pada 30 Ogos 2016, sama dgn tarikh lahir ibuku. Sepatutnya due date kelahiran Maryam adalah pd 26 September 2016. Kerana itu ku mmg xsangka dia lahir sebegitu awal - 36 minggu. Dia dikira sbg late pre matured baby. Walaupun begitu, syukur Alhamdulillah dia lahir dgn berat 2.8kg lbh dr kakak n abgnya.


Detik melahirkn dia sgt2 pantas. Sehari sblm itu aku mmg ade rs kontraksi spjg hari tp ku kira itu mungkin kontraksi palsu memndgkn br je masuk 36 minggu. Hari itu pun aku mmg ade scan checkup. Bila ku ckp dgn doktor berkenaan perut ku yg mngeras sekejap2, doktor xde ckp apa pun. Aku tetap pergi keje spt biasa siap drive sendiri ke tmpt keje. Spjg hari itu aku risau gak sbb mcm xde rs pergerakan bayi. On the way blk keje ku mmg pk nk g ke UMRA utk cek kandungan aku. Tp bila pas magrib ku rs gerakan baby n sakit perut pun kurang. Jd ku decide xnk pergi lagi. Tunggu je lg.


Spjg mlm tu mmg skjap2 rs sakit tp aku masih bertahan. Jam 3 pg tiba2 ku rs spt kencing dgn byknye. Mmg sgt2 terkejut. Inike yg dinamakan pecah air ketuban?? Saat itu aku tak tau nk buat apa. Suami baru je tdo, nak kejutkan dia mcm kesian pula. Bila kulihat asyik basah je kain yg ku pakai, aku decide untuk kejutkan suami juga untuk anta aku ke hospital. Bila decide nk g ke hospital, terpk pula dgn kakak n abg sape pula nk jaga. Call kakak ipar xangkat. Maklum jam 3 lbih siapa le nk angkat waktu org sedang berselimut. Sudahnya mencuba nasib call penjaga kakak n abg iaitu sepupuku sendiri. Alhamdulillah sekali call, dia terus angkat. Terus aku berkemas brg2 kakak n abg untuk dihantar ke rumah sepupuku pagi tu. Jam dekat pukul 4 baru keluar rumah. Ku decide untuk terus pergi ke Hospital Shah Alam.


Sampai di hospital, jam 4.30 pagi. Jururawat bertugas pun mcm pelik nape aku lambat sgt nk smpai ke hospital sedangkan pecah air ketuban jam 3 pagi. Aku sndiri xtau btlke aku nk brsalin dah. Sbb baru minggu ke 36. Klu ikut UMRA dulu 37 pun blm matang lagi, inikan pula 36 minggu. Bila doctor cek, bukaan baru 2 cm, so dia kata mmg kena tahan. Bila tnye blhke bersalin 36 minggu. Dia kata nak buat mcmmana, Allah dah bukakan jalan, kenale bersalin gak.


Ku bersyukur gak sbb dalam keterawalan aku itu, Allah seakan memudahkan jalan untuk aku. Sbb bila aku sampai di Hospital Shah Alam, hanya aku seorang sahaja pesakit di wad pendaftaran. Bila naik ke labour room pun, doctor terus membuat pemeriksaan.  Tepat jam 5.57 pagi, syukur Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak yang telah ku kandung selama 36 minggu. Begitu pantas rasanya waktu itu. Mcm tidak pernah tersangka aku blh melahirkan Ayulily Maryam dengan begitu mudah sampai nak panggil suami pun xsmpt. Bila call dia ( dia ada kat luar tmpt menunggu) bagitu dah selamat bersalin, dia pun terkejut. Baru je jumpa sblm tu minta dia bawa beg baby n aku yg ada dlm kereta, tgk2 aku dah bersalin. Alhamdulillah Allah mudahkn segalanya untuk aku.


Memandangkan ketika hamil aku ada history pengambilan BSP test, jadi baby pun menjadi mangsa pemeriksaan BSP test selama 24 jam. Klu tidak kerana itu, aku dah blh kuar hari itu juga. Aku terpaksa menunggu esoknya, baru blh keluar. Xpelah yang penting Ayulily Maryam sihat dp segala penyakit yg tidak diingini.


Ayulily Maryam binti Suhaimi nama yg kami beri sempena dengan nama ibu Nabi Isa A.S. Siti Maryam binti Imran. Siti Maryam binti Imran adalah wanita terbaik sepanjang zaman. Allah telah memujinya sebagai wanita paling mulia dlm peradaban manusia. Dia antara 4 wanita yg dijanjikan syurga. Maryam membersar mnjd seorg wanita solehah yg amat dhormati. Beliau amat suci n mnjd contoh kepada semua org lain. Beliau amat taat dlm melaksanakn perintah Allah n sentiasa menjauhi perbuatan maksiat n dosa. Dia sgt2 mnjaga kesucian dirinya.Mengambil inspirasi dr kisah Siti Maryam binti Imran ini, ku namakan  anak ku ini dgn Ayulily Maryam.Moga kelak dia mencontohi wanita agung lg mulia ini dgn bijak n pintar mnjaga kesucian diri dan kehormatan sebagai seorang muslimah sejati. Aaminn.

Mulanya mmg kami hanya mahu namakn dgn Siti Maryam. Tp bila baby dah keluar, suami kt baby ni nampak lebih ayu dr kakaknya. Jd dia mula panggil Ayu. Jd ku kt tukarla jd Ayu Maryam. So mmg dah decide untuk letak nama baby AYU MARYAM mulanya. Tidak terfikir mahu memberi nama bunga pada anak kecil ini walaupun kakaknya bernama bunga. Semua fikir kami akan letak nama bunga. Jd suami telah menambah nama bunga di saat akhir. Jadilah nama anak kecil ini AYULILY MARYAM.

Saat ini Ayulily Maryam telah pun berusia 3 bulan. Selama 3 bulan ini, aku telah mnjd seorg ibu yg punye 3 org cahayamata. Kepayahan menjaga 3 anak2 kecil sekaligus adalah ujian Allah untuk aku. Allah Maha Mengetahui kemampuan hambaNYA. Insha Allah aku xkan sia2kan anugerah dan amanah Allah ini. Kami cuba memberi yg terbaik dlm mendidik dan membesarkan anak2 kecil kami ini.

Mgga Allah sentiasa memudahkan rezeki dan urusan kami dlm menjalani kehidupan yg diredhai olehNYA.

Aaminn.

Sampai berjumpa lagi di lain coretan.

Assalamualaikum..