Thursday, December 1, 2016

Ayulily Maryam binti Suhaimi

Assalamualaikum... kembali bertemu dlm blog kali ini slps setahun meninggalkannya. Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ini dgn segala kurniaan rezeki yg tidak terhitungnya dr Allah.


Selepas setahun berlalu, alhamdulillah keluarga kami telah bertambah. Dari dua org anak, kini telah ada seorang lagi puteri yg ku beri nama Ayulily Maryam binti Suhaimi.


Kehadiran Ayulily Maryam dalam kehidupan kami adalah anugerah dr Allah yang tidak pernah kujangka. Allah adalah sebaik2 perancang. Hanya Dia yg tahu apa yg terbaik untuk kami.


Ayulily Maryam dilahirkan pada 30 Ogos 2016, sama dgn tarikh lahir ibuku. Sepatutnya due date kelahiran Maryam adalah pd 26 September 2016. Kerana itu ku mmg xsangka dia lahir sebegitu awal - 36 minggu. Dia dikira sbg late pre matured baby. Walaupun begitu, syukur Alhamdulillah dia lahir dgn berat 2.8kg lbh dr kakak n abgnya.


Detik melahirkn dia sgt2 pantas. Sehari sblm itu aku mmg ade rs kontraksi spjg hari tp ku kira itu mungkin kontraksi palsu memndgkn br je masuk 36 minggu. Hari itu pun aku mmg ade scan checkup. Bila ku ckp dgn doktor berkenaan perut ku yg mngeras sekejap2, doktor xde ckp apa pun. Aku tetap pergi keje spt biasa siap drive sendiri ke tmpt keje. Spjg hari itu aku risau gak sbb mcm xde rs pergerakan bayi. On the way blk keje ku mmg pk nk g ke UMRA utk cek kandungan aku. Tp bila pas magrib ku rs gerakan baby n sakit perut pun kurang. Jd ku decide xnk pergi lagi. Tunggu je lg.


Spjg mlm tu mmg skjap2 rs sakit tp aku masih bertahan. Jam 3 pg tiba2 ku rs spt kencing dgn byknye. Mmg sgt2 terkejut. Inike yg dinamakan pecah air ketuban?? Saat itu aku tak tau nk buat apa. Suami baru je tdo, nak kejutkan dia mcm kesian pula. Bila kulihat asyik basah je kain yg ku pakai, aku decide untuk kejutkan suami juga untuk anta aku ke hospital. Bila decide nk g ke hospital, terpk pula dgn kakak n abg sape pula nk jaga. Call kakak ipar xangkat. Maklum jam 3 lbih siapa le nk angkat waktu org sedang berselimut. Sudahnya mencuba nasib call penjaga kakak n abg iaitu sepupuku sendiri. Alhamdulillah sekali call, dia terus angkat. Terus aku berkemas brg2 kakak n abg untuk dihantar ke rumah sepupuku pagi tu. Jam dekat pukul 4 baru keluar rumah. Ku decide untuk terus pergi ke Hospital Shah Alam.


Sampai di hospital, jam 4.30 pagi. Jururawat bertugas pun mcm pelik nape aku lambat sgt nk smpai ke hospital sedangkan pecah air ketuban jam 3 pagi. Aku sndiri xtau btlke aku nk brsalin dah. Sbb baru minggu ke 36. Klu ikut UMRA dulu 37 pun blm matang lagi, inikan pula 36 minggu. Bila doctor cek, bukaan baru 2 cm, so dia kata mmg kena tahan. Bila tnye blhke bersalin 36 minggu. Dia kata nak buat mcmmana, Allah dah bukakan jalan, kenale bersalin gak.


Ku bersyukur gak sbb dalam keterawalan aku itu, Allah seakan memudahkan jalan untuk aku. Sbb bila aku sampai di Hospital Shah Alam, hanya aku seorang sahaja pesakit di wad pendaftaran. Bila naik ke labour room pun, doctor terus membuat pemeriksaan.  Tepat jam 5.57 pagi, syukur Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak yang telah ku kandung selama 36 minggu. Begitu pantas rasanya waktu itu. Mcm tidak pernah tersangka aku blh melahirkan Ayulily Maryam dengan begitu mudah sampai nak panggil suami pun xsmpt. Bila call dia ( dia ada kat luar tmpt menunggu) bagitu dah selamat bersalin, dia pun terkejut. Baru je jumpa sblm tu minta dia bawa beg baby n aku yg ada dlm kereta, tgk2 aku dah bersalin. Alhamdulillah Allah mudahkn segalanya untuk aku.


Memandangkan ketika hamil aku ada history pengambilan BSP test, jadi baby pun menjadi mangsa pemeriksaan BSP test selama 24 jam. Klu tidak kerana itu, aku dah blh kuar hari itu juga. Aku terpaksa menunggu esoknya, baru blh keluar. Xpelah yang penting Ayulily Maryam sihat dp segala penyakit yg tidak diingini.


Ayulily Maryam binti Suhaimi nama yg kami beri sempena dengan nama ibu Nabi Isa A.S. Siti Maryam binti Imran. Siti Maryam binti Imran adalah wanita terbaik sepanjang zaman. Allah telah memujinya sebagai wanita paling mulia dlm peradaban manusia. Dia antara 4 wanita yg dijanjikan syurga. Maryam membersar mnjd seorg wanita solehah yg amat dhormati. Beliau amat suci n mnjd contoh kepada semua org lain. Beliau amat taat dlm melaksanakn perintah Allah n sentiasa menjauhi perbuatan maksiat n dosa. Dia sgt2 mnjaga kesucian dirinya.Mengambil inspirasi dr kisah Siti Maryam binti Imran ini, ku namakan  anak ku ini dgn Ayulily Maryam.Moga kelak dia mencontohi wanita agung lg mulia ini dgn bijak n pintar mnjaga kesucian diri dan kehormatan sebagai seorang muslimah sejati. Aaminn.

Mulanya mmg kami hanya mahu namakn dgn Siti Maryam. Tp bila baby dah keluar, suami kt baby ni nampak lebih ayu dr kakaknya. Jd dia mula panggil Ayu. Jd ku kt tukarla jd Ayu Maryam. So mmg dah decide untuk letak nama baby AYU MARYAM mulanya. Tidak terfikir mahu memberi nama bunga pada anak kecil ini walaupun kakaknya bernama bunga. Semua fikir kami akan letak nama bunga. Jd suami telah menambah nama bunga di saat akhir. Jadilah nama anak kecil ini AYULILY MARYAM.

Saat ini Ayulily Maryam telah pun berusia 3 bulan. Selama 3 bulan ini, aku telah mnjd seorg ibu yg punye 3 org cahayamata. Kepayahan menjaga 3 anak2 kecil sekaligus adalah ujian Allah untuk aku. Allah Maha Mengetahui kemampuan hambaNYA. Insha Allah aku xkan sia2kan anugerah dan amanah Allah ini. Kami cuba memberi yg terbaik dlm mendidik dan membesarkan anak2 kecil kami ini.

Mgga Allah sentiasa memudahkan rezeki dan urusan kami dlm menjalani kehidupan yg diredhai olehNYA.

Aaminn.

Sampai berjumpa lagi di lain coretan.

Assalamualaikum..











No comments:

Post a Comment