Friday, March 31, 2017

BERJAYA MENYUSUKAN BAYI DENGAN SET MENYUSU DAN KULIT KUSAM HILANG



SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 45: NORAZIAH ABD GHANI

[BERJAYA MENYUSUKAN BAYI DENGAN SET MENYUSU DAN KULIT KUSAM HILANG]
.

Assalamualaikum,

Saya mula menggunakan Set Menyusu Shaklee sejak Julai 2013. Waktu itu saya menyusukan bayi sepenuhnya sehingga berusia 9 bulan. Sewaktu anak pertama, saya cuma dapat menyusukan 4 bulan sahaja. Oleh itu apabila mengandung kali ke dua, saya berniat untuk menyusukan bayi sepenuhnya dan mula mencari info mengenai penyusuan.

.

Pada mulanya saya ingatkan hanya mampu menyusukan bayi begitu sahaja dan tidak berniat untuk mengambil sebarang supplement.
Masalah timbul bila susu mula kurang dan Maira menolak sepenuhnya susu formula. Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, saya akan menyusukan bayi terlebih dahulu. Ini kerana Maira taknak menyusu lagi apabila petang melalui susu botol.

.

Bayangkan sebaik saja pulang dari rumah pengasuh,terpaksa menyusukan Maira lebih dari 2 jam. Adakalanya pukul 10 malam baru dapat mandi dan makan malam. Begitu juga di tengah-tengah malam, Maira terjaga dan akan menyusu sehingga pagi.
Saya membuat order yang pertama pada seorang rakan iaitu Set Menyusu Bajet, Alfalfa dan ESP. Dalam masa yang sama, saya tetap pam susu seperti biasa kerana stok semakin berkurangan.

.

Pada minggu pertama saya amalkan set menyusu ini, saya tetap pam seperti biasa. Agak kecewa apabila susu yang dipam tidak begitu menggalakkan juga. Mungkin masih terlalu awal. Saya makan Alfalfa mengikut dos dan ESP 2 kali sehari. Masuk minggu kedua, Maira nampak kenyang bila menyusu. Tidak perlu lagi menyusu sehingga 2 jam seperti sebelum ini. Malah tidur malam juga lebih lena.

.

Alhamdulillah, syukur dan lega. Setelah hujung bulan, saya tambah Set Menyusu fullset seperti Vitalea, Vitamin C, Vitamin B dan Ostematrix dan terus daftar ahli untuk mendapat harga yang lebih murah. Saya juga rasa kurang penat dengan rutin kerja harian. Kebiasaannya saya keluar rumah pada pukul 7 pagi dan balik kerja pukul 6.30 ptg. Saya tinggal di rumah flat tingkat 5 yang tidak berlift. Mujur juga pengasuh anak berada di tingkat yang sama.

.

Sebaik saja mengambil anak di rumah pengasuh, susukan Maira sehingga kenyang ataupun dia tertidur. Kemudian akan masak untuk makan malam. Waktu dulu juga menggunakan mesin basuh manual. Memang sejak amalkan Set Menyusu Shaklee ni memberikan satu tenaga yang saya rasa rugi pula hanya duduk tanpa membuat kerja rumah kerana tidak berasa penat.

.

Dalam 2-3 bulan kemudian ramai yang menegur kulit wajah semakin berseri. Ya, muka saya memang kusam sebelum ini tetapi saya jarang mengambil berat mengenai maslah kulit wajah kerana sibuk menguruskan urusan seharian. Tak sempat nak belek-belek muka. Rupa-rupanya Set Menyusu Shaklee ini bertindak dengan memberikan pelbagai kebaikan kesihatan dan kecantikan juga. Kerana apabila tubuh cukup vitamin, kulit juga akan cantik. Semakin berseri.

.

Apa lagi Shaklee Effect pada saya yer?
Selepas 3 bulan mengamalkan Shaklee, period kembali stabil. Sebelum ni memang sudah lama tak period. Dan tidak lama kemudian rupa-rupanya saya mengandung lagi tanpa saya sedari. Ini membuatkan saya cukup kagum apabila langsung tidak mengalami alahan malah saya tidak sedar sehingga perut mula nampak besar.

.

Saya begitu teruja kerana pengalaman mengandung sebelum ini, alahan teruk sehingga hampir bersalin. Jadi saya sebenarnya tidak menjangka akan mengandung kerana ingatkan masalah hormon yang membuatkan period tidak datang semula.
Dengan kandungan yang ke 3 ini juga berbeza kerana tidak mengalami banyak masalah. Malah boleh lagi mendukung anak ke 2 untuk naik tangga sehingga ke tingkat 5. Malah lebih bertenaga berbanding tidak mengandung.

.

Saya terus mengamalkan Set Vitamin Lengkap Shaklee sehingga mengandung kali yang ke 4 ini. Sedar tak sedar sudah masuk 4 tahun saya mengamalkan Produk Shaklee dan sangat berpuas hati!



Hubungi saya
Jumaati Ahmad
SID: 1206505
WA: 012 223 9261
Facebook: Jumaati Ahamd
FB Page:Vitamin Cantik dan SIhat Meru
IG:jumaatiahmad
Email: jumaati.ahmad@yahoo.com


DERITA SAKIT TUMIT BERAKHIR SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE




SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 47: NADIA EZDANIE NORAZMAN

[DERITA SAKIT TUMIT BERAKHIR SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.

Nama saya Nadia Ezdanie Norazman, berumur 35 tahun dan saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.
.

Pada 23 November 2015 saya di diagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi.
.

Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan masa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat di jelajahi dari gunung sampailah ke lautan. Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit akan on off on off.
.

Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya kena berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”
.

Selepas di diagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini.
.

Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak.
.

Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu.
.

Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri.
.

Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome…Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!! PREVENTION IS BETTER THAN CURE.



Hubungi saya
Jumaati Ahmad
SID: 1206505
WA: 012 223 9261



Email: jumaati.ahmad@yahoo.com

BERJAYA SUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 48: NUR FARAH LIZA RAMLI

[BERJAYA SUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]



Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nur Farah Liza Ramli dan berumur 38 tahun. Saya menetap di Banting dan mempunyai 3 orang dan berkerja di bahagian Teknologi dan Maklumat.
.

Saya menghadapi masalah kekurangan susu ketika anak saya berumur 1 tahun 6 bulan. Pelbagai simptom-simptom dan gejala susu semakin menyusut telah saya hadapi. Rakan saya, Fatimah Azzahra Ismail, telah mencadangkan kepada saya supaya minum MealShakes dan ESP Shaklee secara konsisten. Beliau berasa simpati terhadap saya kerana saya berhasrat untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun namun anak baru menjengah umur 1 tahun susu badan saya sudah menyusut.
.

Saya juga mendengar banyak pendapat dari ramai orang bahawa ESP Shaklee merupakan supplemen Shaklee yang sangat bagus untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Saya mengamalkan 1 sudu Mealshakes dan 2 sudu ESP pada waktu pagi manakala pada waktu malam pula saya cuma mengambil 1 sudu ESP sahaja.
.

Selepas mengambil MealShakes dan ESP secara konsisten selama 6 bulan, saya lihat bayi saya selalu kenyang dan saya sendiri puas menyusukannya. Alhamdulillah, kini anak saya dapat menyusu badan sehingga 2 tahun.
.

Saranan saya kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti saya, ambillah MealShakes dan ESP secara konsisten. Saya berasa sangat gembira dan berbesar hati kerana menjumpai produk hebat Shaklee. Terima kasih Shaklee.




Hubungi saya
Jumaati Ahmad
SID: 1206505
WA: 012 223 9261


Email: jumaati.ahmad@yahoo.com