Wednesday, April 5, 2017

Masalah Anemia Berkurangan Selepas Amalkan Supplemen Shaklee


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 34: FATIMAH AZZAHRA ISMAIL

[MASALAH ANEMIA BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.

Saya, Fatimah Azzahra Binti Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang berumur 1, 4 dan 7 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang saya rasai selepas mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten selama 4 tahun.
.

Saya mengalami masalah anemia yang teruk ketika mengandungkan anak pertama dan kedua. Bacaan HB hanyalah 10-11 ketika itu. Sehingga setiap kali mengandung Jururawat akan tampal sticker hijau pada buku merah menandakan ada risiko HB rendah.
.

Gejala yang saya alami akibat anemia adalah seperti pening, pucat, letih dan lesu semasa hamil dan setelah bersalin. Sebaik melahirkan anak kedua saya mengalami anemia teruk sehingga bacaan HB jatuh kepada 7 sahaja. Saya tidak boleh bangun dari katil selama 2 hari untuk mengelakkan daripada pitam. Doktor hampir mencadangkan untuk membuat transfusi darah.
.

Pelbagai ikhtiar telah saya lakukan termasuklah pengambilan pil ferrous fumarate, obimin dan iberet folic. Tetapi bacaan HB saya masih rendah. Keadaan alahan yang teruk menyebabkan tahap kesihatan saya lebih teruk kerana saya tidak boleh makan dengan baik.
.

Saya mula mengambil produk Shaklee sejak menyusukan anak kedua. ketika itu saya mengalami masalah penyusuan ketika bayi berumur 6 bulan. Alhamdulillah setelah berjaya menyusukan anak kedua sehingga 2 tahun setengah, saya mengandungkan anak ketiga. Saya mengambil Set Prenatal Shaklee dan supplement Shaklee yang lain bagi membantu mengatasi masalah alahan dan morning sickness saya. Ketika itulah saya sedar supplement Shaklee telah membantu mengatasi masalah anemia saya.
.

Vitamin yang saya amalkan semasa mengandung adalah Set Prenatal Shaklee yang terdiri daripada ESP, Omega Guard, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink.
.

Alhamdulillah, semasa hamil anak ketiga saya tidak mengalami anemia. Bacaan HB semasa anak ketiga adalah 13 dan ke atas. Saya juga tidak mengalami masalah pening, pucat dan lesu walaupun saya ada masalah alahan yang teruk. Saya dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa semasa mengandung. Jururawat bertugas memeriksa kesihatan semasa mengandung agak hairan juga sebab saya dikategorikan berisiko anemia daripada sejarah mengandung sebelumnya. Tapi tidak untuk kandungan kali ini.
.

Selepas bersalin, saya juga tidak mengalami masalah pitam akibat anemia. Sebaliknya saya lebih sihat dan segar berbanding sewaktu berpantang anak pertama dan kedua. Saya sendiri terkejut kerana saya boleh berulang-alik dengan sendiri ke Nursery Room untuk menyusukan bayi, sedangkan baru 2 hari melahirkan bayi.
.

Saranan saya kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, kita boleh berikhtiar untuk berikan nutrisi terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Mulakan mengambil supplement sejak sebelum hamil untuk mengisi kekurangan nutrisi harian kita. Kita sediakan tubuh yang sihat supaya bayi dalam kandungan dapat nutrient secukupnya. Selain itu kita lebih positif, segar dan ceria semasa hamil sehinggalah melahirkan bayi.
.

Saya bersyukur sangat bertemu dengan Shaklee. Saya masih meneruskan pengambilan supplement Shaklee semasa berpantang, menyusu dan sehinggalah sekarang bayi saya telah berumur 1 tahun 7 bulan.
.

Saya sangat berpuas hati dengan Set Prenatal Shaklee dan saya sangat menyarankan ibu-ibu yang mengalami masalah Anemia semasa hamil untuk mencuba set ini. Alhamdulillah. Terima kasih Shaklee.




Hubungi saya:
Jumaati Binti Ahmad
SID: 1206505
WA: 012 223 9261 atau klik sini http://vitaminsihatcantikmeru.wasap.my
Email: jumaati.ahmad@yahoo.com
FB: Jumaati Ahmad
FB Page: Vitamin Sihat dan Cantik Meru
IG:jumaatiahmad


Atau boleh klik di sini utk terus membeli Set Hamil


No comments:

Post a Comment