Sunday, February 27, 2011

Maher Zain Live in Concert 2011

Assalamualaikum wr wb...kali ni tergerak hati nak menukilan rs ttg Maher Zain.... again?? haha.... almaklumlah br je menonton konsert dia malam kelmarin... bak kata Maher Zain..amazing nye fans dia kat Malaysia... mcm tu jugale AMAZING nya maher zain pada aku....

Ini adalah kali kedua aku mnyaksikan persembahan Maher Zain secara live slps menonton showcase dia last year kat MBSA.. Kapasiti stadium yg lbh besar buat aku mengharapkan Maher Zain buat lbh gmpak dr ms showcase kat MBSA dulu....Jujurnya aku xdelah begitu teruja utk menonton Maher Zain kali ni memandangkan dah pernh pegi sblm ni...mcm rs demam maher zain ni dah kurang kat aku...tp disbbkan nak temankan kwn opis yg xberkesempatan tgk showcase Maher zain sblm ni, maka aku g gak kali ni....

Bila Maher zain start persembahan, aku rs mcm ade yg kurang kat persembahan dia....sbb mungkin aku dah pernah tgk... biasale Maher zain hanya berbekal kepada suara shj.... so klu suara dia ade sikit kurang, jd persmbhan pun nmpk kureng sikit....so aku dpt rskan di awal2 persembahan tu sm je mcm aku tgk showcase dia tempohari cuma kali ni Maher zain diiringi oleh pemuzik live..

Lagi satu yg aku sdikit frust di awal2 konsert ialah kehadiran penonton mlm tu...kat dpn stage yg tiket mahal2 tu kosong...nmpk btl kosong nye......wlu Maher zain dah start nyanyi....bila Maher zain nyanyi je..smua penonton yg duk kat bwh bahagian belakang...semua bangun duk kat dpn...untung seh..... aku ni yg duk atas stadium ni gigit jari ar...... wlu bagaimana pun, aku tetap bersyukur walau duk atas sekali...tp tmpt duk aku berdpn dgn stage....so mmg senang ar nk tgk kan.....

Itu di awal2 persembhan je aku rs kureng.... tp bila dah byk lagu dia nyanyi.... aku mmg sgt rs best giler...sbb satu yg aku sgt3x kagum dgn Maher zain..dia nyanyi dgn penuh jiwa dr hati yg tulus ikhlas....stp kali dia nyanyi dia pasti nyanyi dgn penuh emosi....xsatu lagu pun yg dia nyanyi tanpa perasaan.... itu yg aku rs keistimewaan Maher zain.....mlm tu gak  aku nmpk kehenseman si MZ ni......

Beza persembahan Maher zain dlm konsert kali ni jika dibandingkan dgn showcase dulu ialah..dia sanggup buat apa shj utk peminat2 dia...dia xkedekut utk nyanyi byk lagu... klu showcase dulu cuma 9 lagu je dia nyanyi... mmg xpuas ar, dahle first time tgk dia nyanyi..dah tu ms tu mmg maher zain tgh hot.... tp  utk konsert kali ni aku mmg cukup puas ht sbb dia nyanyi byk lagu.....

Mlm tu Maher zain bw vokalis Padi utk nyanyi lagu Insyaallah,.... kat tgh2 persembhan.... konfuse gak bila dia nyanyi lagu berhantu dia kat tgh2 konsert..... pastu duet dgn Padi plak tu...masa tu rs kesal sikit le..nape nak jemput PAdi.....kan ade artis Malaysia...jemputle Shahir ke?wakaka...... Ms lagu tu, Maher zain nyanyi english version.... Padi bw indon version....suara padi xberapa jelas sgt..sbb biasale muzik lbh kuat dr vocal....

Pas duet dgn PAdi, MZ nyanyi lagu Palestine.... aku rs touching sgt....berdoalah moga bumi Palestine akan bebas dr kezaliman Israel...

Selain duet dgn Padi, MZ jemput kwn dia - Mesut Kurtis.... penonton mmg bersorak...aku n kwn aku terpinga2...aduhai sape dia ni... siap jemput budak2 nyanyi kat atas pentas....tp mmg best le lagu tu..NEVER FORGET.... wlu pertama kali aku dgr...aku dah blh nyanyi lagu tu... itule kelebihan lagu2 berunsur dakwah ni..... selain berhibur...blh berzikir sekali.......Every night and every day Every night and every day never forget to say La Ila Ha Illa Allah......

Bila pas break dgn artis jemputan tu,...MZ dah start bw lagu berhantu dia...For the rest of my life.... ms tu mmg teruja giler...bagusnye dia...msti xlupa nak sebut lagu tu utk siapa.... dia mesti akan sebut lagu tu utk isteri dia.... so sweet.... bertuah wife dia dpt dia....haha.... spt showcase dulu...dia tukar my love tu jd sayang.....

Mcm showcase dulu..MZ mmg suka nak buat lawak..usik2 fans dia....memasing mmg xsbr nak dgr lagu BArakallah....dia kt insyallah next year.... terus dia nyanyi lagu For the rest of my life..... pastu habis lagu tu..br le dia nyanyi lagu Barakallah.... Mmg happening giler.... penonton mmg terhibur sgt....

So utk penghabisan, dia nyanyi lagu Insyaallah Malay version.....  ms ni mmg semua nyanyi sama2 le...tp sbnrnye lagu apa2 pun..semua penonton akan nyanyi sama2 dgn dia...

Bila dah habis lagu tu.....ingatkan show dah habis..rupanye....ada lagi...hahaha...punyelah sayang MZ dgn kitorg kan.... dia tnya kitorg nak dia nyanyi lagu apa...nak suruh ulang lagu apa.... memasing sbutle lagu apa...at last dia ulang nyanyi lagu Freedom....lagu br yg ditujukan khas utk pejuang Egypt dan negara2 Islam yg lain... ms time lagu ni..semua on lampu kat hp.... termasuklah aku... mmg best giler moment ni......

Sbb syg kan lagi peminat dia.... dia nyanyi balik lagu For the rest of my life.....huwaaaaa ms ni kitorg mmg nk fokus btl2le dia nyanyi..... wlupun nmpk letih dia tetap nyanyi dgn penuh emosi.....

At the end... kerana AMAZINGNYA kitorg kan.... dia sanggup nyanyi balik lagu INSYAALLAH english version..... so SPORTING GILER dia...... mmg SAYANGGGGGGGG SGT dgn dia...... moga Allah sentiasa mmberkati stp usaha yg dia lakukan kerana ALLAH>.... AMINNNNNNN

Kesimpulannnya... aku rs bersyukur sgt dpt hadir tonton persembahan dia kali ni..... mmg aku rs aku xkan jemu wlu berapa kali aku tonton dia... lagu MZ akan sentaisa di bibir dan di hati.....

Moga apa yg kita lakukn adalah kerana ALLAH dan sentiasa diberkati oleh ALLAH....Amin....

Sunday, February 20, 2011

Jodoh & Cinta

Salam, terpanggil mlm ni utk berkongsi sebuah artikel yg aku bc di sebuah blog... moga dgn perkongsian ilmu ini, pengetahuan kita lbh bertmbh dan mndpt pedoman dr isi kandungan artikel tersebut....Insyaallah.

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha. Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. 
"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati. 
" Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?" 
"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek. 
"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya. 
"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..." 
Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian. 

"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang. 


"Habis mengapa putus?" 


"Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta." 
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.


Isteri Amanah 

"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan. 


"Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta." 
"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?" 
"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa." 
"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?" 
"Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya." 
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga." 
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya. 
"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..." 
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua." 


Cantik Itu Relatif dan Subjektif 
Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya. 

Dia ketawa tiba-tiba.


"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya." "Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?""Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?" "Bukan yang cantik?" jolok saya lagi. "Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin. "Maksud abang?"Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa. "Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual." Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami." "Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."


Wasilah Memilih Jodoh


"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.
"Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."
"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"
"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"
'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.
"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"
"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik 
"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik." 
"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."
"Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum." 
Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?" 
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana. 
"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"


Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya. 
"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?" 
"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek. 
"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?" 
"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."
"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?" 
"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?" 
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.



Jodoh Urusan Allah 
"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat." 
"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad. 
"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!" 
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik! 
"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah." 
"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?" 
"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."
"Hikmah untuk kita?"
"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah." 


Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya? 
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"





Wednesday, February 16, 2011

Mengukuhkan peribadi dan akhlak mulia

Assalamualaikum wr wb. Nukilan kali ini ingin aku kongsikan ttg rs dan keinginan hati utk mnjd insan yg lbh baik dr semalam..... Kekdg aku berperang dgn perasaan sndiri...

Dari sehari ke sehari, aku cuba utk mnjd insan yg sentiasa berada dlm kasih sayang Allah.... aku cuba utk memperbaiki segala kelemahan yg ada pada aku....

Aku sentiasa berharap aku sentiasa mnjd insan yg tidak bongkak, rendah hati dan sentiasa mnjaga pergaulan aku, mnjaga adab2 sbg wanita muslimah yg mulia pekertinya....

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar....Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba Nya yg seorg ini... Hanya Allah tmpt aku mengadu...

Moga aku terus berada dlm kasih sayang Allah...Amin Amin Amin Ya Rabbal A'lamin.

Salam.