Showing posts with label bisnes Shaklee. Show all posts
Showing posts with label bisnes Shaklee. Show all posts

Tuesday, March 14, 2023

Kembali menulis blog untuk 2023





Setelah hampir 3 tahun blog ni telah bersawang, rasa keinginan meluap2 nak menulis kembali dalam blog niii.... 3 tahun mungkin masa yg singkat utk sesetengah kita... Rasa cepat benar masa berlalu.... Tapi dalam masa 3 tahun tu terlalu banyak kisah suka duka yg kita hadap...


Syukur Alhamdulillah, masih lagi seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak yg sangat bijak dan pandai.... tahun 2023 dalam fasa membesarkan anak2... Ironi nya 2023 satu2 anak dah masuk ke alam persekolahan sebenar....

Dengan yang pertama dah masuk tahun 3, yang kedua dah masuk tahun 2 dan yang bongsu masuk tahun 1 tahun ini. Alhamdulillah... Sebagai ibu, kita doa selalu yang baik baik untuk anak2 kita...

Thursday, December 3, 2020

Mencari Pendapatan Tambahan dgn Bisnes Shaklee


Selagi masih mampu berbakti, Ibu akan terus mencari rezeki untuk anak anak Ibu.

Minggu depan Ibu dah kena masuk keje opis setiap hari. Syukur Alhamdulillah, di kala ramai orang yg terkesan, Ibu masih boleh bekerja seperti biasa, masih boleh menguruskan keluarga, bisnes dan keje pada masa yg sama. Terima kasih Allah atas segala kurniaan rezeki yg tidak pernah putus ini.

Hakikatnya, padang mencari rezeki itu sangatlah luas. Bukan semestinya bekerja sahaja. Bahkan berniaga dari rumah pun inshaa allah tetap boleh jana pendapatan lebih dari gaji bulanan.

Kuncinya kita kena mulakan perniagaan itu sekarang. Kat mana ada KEMAHUAN KAT SITU PASTI ADA JALANNYA.
Pastikan kita BERMULA HANYA DENGAN APA YANG ADA!

Tangan & HP

Saturday, November 21, 2020

2020 Tahun Yang Mencabar


                                                            



Hakikatnya tiada siapa sangka tahun 2020 yg dijangka lebih gemilang dan terbilang.... adalah satu tahun yg sgt mencabar untuk semua umat manusia di seluruh dunia.

Di tgh malam 21 Nov 2020  ini terpanggil aku untuk kembali menulis di blog yg lama tidak kujengah.. bersawang sungguh.... 

Asal blog ini pun ku namakan dia Nukilan Rasa Atie Ahmad... tp disebabkan aku melibatkan diri dalam dunia bisnes Shaklee, blog ni ku jadikan tempat untuk bercerita dan berkongsi kebaikan produk dan bisnes yg aku jalankan...

Alhamdulillah setelah lebih 4 tahun membina bisnes ini, dari seorang yg tak tau menjual, kini aku lebih yakin dgn keistimewaan yg Allah kurniakan kepadaku... Yakin dan percaya setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Lambat atau cepat sahaja yg membezakan untuk kita tahu apa hikmah yg tersembunyi itu....

Thursday, July 19, 2018

Merancang masa depan anak2 dgn bisnes Shaklee




Setiap kali balik kerja, mesti teringat anak2.
Terfikir cukupke usaha kita mencari rezeki utk membesarkan anak2?

Cukupke kewangan kita utk memberi pendidikan yg terbaik utk anak2 kelak?
Adakah simpanan utk masa masa kecemasan??

Dapatkah kita mengejar impian anak2 yang mahu itu dan ini mahu kehidupan yang selesa, mahu kereta yang lebih besar mahu rumah yang lebih besar mahu sekolah yang bagus sedangkan hakikatnya mencari sesuap nasi pun kekadang tidak berapa mencukupi? Terpaksa berhutang sana sini utk menampung keperluan hidup?

Jadi, apakah tindakan kita? Punya impian mahu itu dan ini mahu kaya mahu banyak wang, tapi hanya menunggu dan tidak buat apa2??