Tuesday, May 16, 2023

ANAK BIJAK




Sebagai ibu kita memang tidak boleh membeza bezakan anak2 kita... Sebab setiap anak dah tentu tak sama. Masing2 ada kelebihan masing2 keistimewaan masing2... Kekurangan pastinya ada.. cuma dah tentu kita kena jadikan setiap kekurangan itu untuk kita memperbaiki setiap kelemahan yang ada kepada sesuatu yang lebih baik setiap hari.


Suka nak ceritakan pengalaman saya dulu semasa Hamil anak pertama dan kedua memang berbeza dengan anak yang ketiga. Hamil anak pertama dah tentu pengalaman pertama yang kita sangat kurang ilmu pengetahuannya. Bila masuk Hamil anak kedua, kita banyak belajar dari pengalaman pertama. 


Masing2 memang ada je ceritanya kan. Cuma bila anak ketiga, apa yang saya tak buat semasa hamil anak pertama dan kedua ialah saya ambil penuh semua set Hamil Shaklee. Memang beza sangat bila saya ambil kesemua produk Shaklee semasa hamil anak ketiga ini. 


Kesan yang saya nampak sampai sekarang ialah kebijaksanaan anak ketiga ni bila bercakap. Dia sangat petah bercakap, sel otak dia sangat berperanan bila dia mengeluarkan kata kata. Seawal usia 2 tahun, dia memang dah mula bercakap malah lebih advance berkembang berbanding dengan abangnye yg beza 10 bulan. Ketika masuk usia 3 tahun, abangnya masih belum boleh pandai untuk melontarkan suara bercerita.


Syukur Alhamdulillah. Saya percaya amalan makan Omega Guard sejak dari awal kehamilan sangat sangat memberi kesan yang sangat bagus kepada perkembangan otak anak saya dari dalam perut sehinggalah sekarang.


Kekadang lontaran dia memberi pendapat mahupun berfikir sangatlah bijak. Kekadang saya hampir terlupa dia baru nak masuk umur 7 tahun.


Terima kasih Allah atas anugerah dan amanah ini.


Moga Allah juga selalu beri saya kemudahan untuk saya terus menjadi ibu yang baik ibu yang mampu memberi pendidikan yang terbaik untuk anak2, ibu yang mampu memberi kehidupan yg lebih baik untuk anak2 dan ibu yang mampu menjaga kesihatan anak2 setiap hari dengan lebih baik.


Aamiin Ya Mujib.


Ibu ibu kat luar sana, janganlah ragu2 untuk amalkan produk2 Shaklee sepanjang tempoh kehamilan juga penyusuan anda. 


Nak anak yang bijak sebenarnya bermula dari kita. Kita yang mencorakkan masa depan anak2 kita. Kena selalu berikan yang terbaik untuk diri sendiri, cukupkan nutrisi nutrisi penting kita sepanjang tempoh kehamilan mahupun penyusuan anak2 kita.


Ibu YANG KENA BIJAK dahulu jika mahu anak yang BIJAK.


Selebihnya kita doa setiap hari untuk anak2 kita. Kerana doa mustajab itu salah satunya dari seorang IBU.


Salam dari IBU anak 3.



No comments:

Post a Comment