Tuesday, April 19, 2011

Salahkah Memilih....Perlukah sekufu dlm pemilihan jodoh?

Assalamualaikum wr wb....Lamanya tdk menulis di blog ini..... Kesibukan menjalani kehidupan di dunia ini di samping ketiadaan cerita menarik yg ingin dikongsi mnjd faktor utama mengapa sudah sekian lama tidak mencoret di laman blog Nukilan Rasa Atie Ahmad ni......


Terpanggil utk menulis kali ini tentang satu topik - SEKUFU....kebelakangan ini mmg aku asyik terpk psl sekufu ni.... jika ade kelapangan, pasti aku akan cuba utk mmbaca artikel2 yg berkaitan dgn topik sekufu....pentingkah sekufu dlm pemilihan jodoh..... slhke jika seorg wanita tu utk memilih pasangan yg sekufu dgnnya....bkn utk memandang rendah pd yg tidak sekufu.... cuma dlm hdup ini...rsnye kita perlu memilih yg terbaik utk masa dpn kita... dan maksud sekufu juga adalah berbeza bg stp org.....


Dr pembacaan yg aku telah bc.... ingin aku kongsikan sedikit ilmu mengenai sekufu.... Maksud sekufu..diefinisikan oleh ulama sbg "al musawah wal muqarab" atau yg bermaksud persamaan atau hampir. Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dlm Islam kepada pihak perempuan. Jadi di sini, sekiranya  seorg lelaki mengambil isteri yg lbh rendah pendidikannya atau yg lbh sedikit hartanya dan sbgainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebrg masalah kmdn hari. Berlainan pula sekiranya seorg isteri bersuamikan seorg lelaki yg jauh lebih rendah dpnya dalam semua perkara. 


Jika dulu, aku tidak pernah memandangkan sekufu ini sbg satu isu. Tp bila sekrg, aku dpt rasakan sekufu mmg perlu dlm mncari teman hidup yg akan menemani kita spjg hayat..apabila islam menggalakkan sekufu, ini bermkna Islam melihat lbh jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Perbezaan yg terlalu byk dan ketara di antara pasangan suami isteri dlm pelbagai perkara hanya akan menimbulkan berbagai2 masalah dlm meneruskan kehidupan berkeluarga yg akan dibina kelak.


Hadith Rasullullah SAW berbunyi: "Tiada perkahwinan seorg anak perempuan kecuali dgn wali dan tiada perkahwinan seorg wanita kecuali dgn lelaki yg sekufu dengannya." Sekufu dari segi keturunan, amalan agama, taraf pendidikan, pangkat pekerjaan, pemikiran dan sebagainya penting dalam penentuan jodoh. Pasangan yg sekufu akan berusaha memperbaiki kehidupan rumahtangga kerana kedua2nya mempunyai matlamat yg sama. Merancang itu sunnatullah, bkn bertawakal semata2.....


Jujurnye aku berperang dgn perasaan sndiri...wajarkah aku memilih sedangkan aku sedar aku mempunyai byk kekurangan..wajarkah aku menolak sedangkan diri byk cacat celanya....patutkah aku memilih di kalangan yg sekufu shj sedangkan aku sendiri blm tahu keserasian yg mungkin akan ade di kmdn hari... patutkah aku menolak seseorg yg tdk sm tahap pendidikannya..tdk sm umur dan tarafnya.... sedangkan blm pasti yg sm tarafnya atau sekufu dgn aku itu akan mmbawa kebahagiaan....


Perkahwinan itu satu perjudian? smuanya berkemungkinan...kita tdk pasti apa yg terbaik sebenarnya utk kita...oleh itu, kembalilah pd Allah... Hanya Allah yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya... kerana itu, kita diminta utk istikharah dlm stp apa jua permasalahan atau konflik yg kita hadapi.... Mohonlah dr Allah..mngadulah dgn Allah..kerana Hanya DIA yg akan memberi jwpn yg sebenar... yakinlah Allah itu Maha Penyayang...Jika segala keputusan kita letakkan Allah di tmpt yg pertama, insyaallah apa juga yg brlaku kmdn ari, anggaplah ia sbg ujian utk kita...insyaallah kita tidak akan menyesal.....


Berbalik kpd sekufu td..... ramai yg menasihatkan utk aku tidak menerima insan yg jauh bezanya dgn aku.... wlu kita tdak tahu mcmmana khidupan akan dtg....tp ada eloknya aku memilih... Aku percaya jika benar itu jodohnya.... pasti Allah akan memudahkan stp urusan aku dan dia.....pasti Allah akan mmbuka hati aku utk menerima seseorg itu... apa yg pasti saat ini.... aku lebih selesa bersndiri.... ini yg terbaik dr Allah..Allah mahu aku terus berbakti pd mak.....bersndiri tidak smestinya tidak bahagia.... dan berdua tidak semstinya bahagia....


Trpulanglah pada kata2 org yg akan mngata aku....siapalah org itu utk mngatur jodoh kita.... terpulanglah pd org lain jika rs aku ni tidak sedar diri.... lagi mahu memilih....terpulanglah.... jodoh pertemuan di tangan Allah...  tidak perlu bersangka buruk dgn ketentuan Allah... ada hikmah di sebalik smua ini....


Kita berhak utk memilih.... aku menerima shj ketentuan dr Allah jika takdirnya aku harus bersendiri.. itu lbh baik dr aku menanggung derita kmdn hari.........


Sampai jumpa lagi....moga aku dipertemukan insan yg "sekufu".......


Amin....







5 comments:

  1. Amin.. Moga-moga Allah memberikan yang terbaik buat kamu :)

    ReplyDelete
  2. Orang memang senang nak menghukum dan mengata, tapi kita yang akan menanggung risiko. Jadi biarlah mereka nak kata apa sekalipun...

    mcm akak, akak tak mampu menanggung risiko, jadi menolak perkahwinan yang tidak sekufu. kita terusla berdoa smoga Allah temukan jodoh yang sekufu dan terbaik utk kita dunia akhirat

    ReplyDelete
  3. Betullah. Kadang2 kt berperang dgn perasaan semdiri bila ckp pasal kufu ni. At the end, kembali dan berdoa pd Allah.

    ReplyDelete
  4. salam...
    mohon sedikit lagi pencerahan mengenai pemilihan jodoh berdasarkan sekufu ini../ mohon pendapat owner untuk menerangkan perbezaan pentingnya jodoh sekufu zaman rasullah dengan zaman moden kini...dan mohon boleh x sertakan sumber info untuk kesahihannya...terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Aku pun dalam dilemma. Aku tak ada lah kisah sangat pasal sekufu ni. Mak suruh aku sambung master. Bila aku dah ada master, jadi susah untuk aku terima calon suami bila mak cakap calon itu tidak sekufu pelajarannya. Jadi aku pun berbalik kepada istikharah. Moga Allah tunjukkan jalan yg terbaik samada nak memilih atau menolak calon tersebut. Aamin.

    ReplyDelete