Assalamualaikum,
Sempena hari jumaat yg mulia ini, marilah kita sama2 berdoa sesama kita kerana kita tidak tahu doa siapa yang akan diangkat Tuhan, justeru, sama-sama kita aamiin kan.
Bismillah.
Saya mendoakan pembaca blog ini,
1. Dideraskan rezeki yang halal dan berkat yang tidak pernah putus
2. Dibaiki segala urusan dan sentiasa dibimbing Allah
3. Dikurniakan hati selembut sutera untuk memaafkan orang2 yang pernah melakukan sesuatu yang kita tidak suka
4. Dilembutkan hati selembut sutera untuk sentiasa memaafkan, tidak menyimpan dendam, berlapang dada dan bersangka baik kepada Allah dan manusia
5. Diperbaiki pemikiran dan jiwa tentang dunia supaya sentiasa berhatikan Akhirat
6. Dikurniakan taufiq dan hidayah supaya berubah ke arah sesuatu yang mendekatkan diri dengan Tuhan, Rasulullah S.A.W. dan akhirat
7. Bagi yang bujang, diringankan jodoh, dipimpin Allah bertemu orang soleh / solehah yang tepat, dipermudahkan pernikahan walau ada batasan seperti kewangan, restu keluarga
8. Dikurniakan rezeki menjadi tetamu Allah tanpa berhutang, ditaja, tenang dan lancar
9. Bagi yang sudah berkahwin tetapi belum ada anak, dikurniakan rezeki peroleh anak yang soleh yang sentiasa menyenangkan hati
10. Yang sudah bekeluarga, anak yang ramai, dikurniakan penyelesaian untuk keluar daripada kesempitan hidup terutamanya daripada segi pemikiran dan jiwa
11. Allah menyelesaikan segala masalah dan hutang-hutangnya
12. Allah mengubati penyakitnya yang mungkin tiada harapan sembuh
13. Last but not least,
Didoakan Allah memakbulkan segala doa dan impian pembaca blog ini.
Aamiin ya Rabb.
No comments:
Post a Comment