Saturday, March 24, 2018

Belajar Memahami Bahasa Blog

Akak dah lama sebenarnya ada blog ni. Dari tahun 2010 lagi Akak dah menulis blog ini. Masa tu memang saja suka suka nak buat blog untuk meluahkan apa yg ada dlm isi hati. Seolah macam diari kehidupan. Belajar melatih diri untuk menulis dengan lebih baik. Nak jadi novelis macam tak mampu aje kan, jadinya tulislah dalam blog ini walau pun tak pasti berapa ramai yg sudi nak baca. 

Semuanya bermula dari suka suka. Semuanya sekadar menulis untuk meluahkan apa ygang ada dlm hati. Moga setiap apa yg ditulis mendapat manfaat buat org yang membaca atau juga sebagai panduan dan rujukan untuk Akak di kemudian hari. Boleh dijadikan kenangan dan ingatan tentang sesuatu perkara mahupun peristiwa.

Tapi sejak adanya Facebook, nak udpate blog pun dah kurang rajin. Bermula tahun 2012, Akak terus senyap dari blog sehinggalah kembali menulis pada tahun 2015. Itupun setakat 2 entri sebab nak update tentang anak. Huhuhu.

Tahun 2016, Akak kembali untuk menulis di blog. Itupun sebab Akak dah serius melibatkan diri dgn bisnes Shaklee. Orang kata selain dari perkongsian di media sosial seperti Facebook dan Instagram, dgn blog juga kita boleh dapat banyak sales dlm bisnes Shaklee.

Ramai kata orang suka google untuk cari maklumat tentang sesuatu produk atau permasalahan. Jadi medium blog dlm Shaklee sangat membantu pengedar pengedar Shaklee untuk mendapat jualan hasil dari perkongsian di blog.

Sejak itu, Akak cuba update dan menyapu sawang sawang dlm blog Akak ini. Banyak artikel yg Akak copy dan paste sahaja di blog ini. Banyak yang Akak kongsikan tentang cerita cerita dari Supermom Shaklee Story berkenaan dgn testimoni testimoni mereka yang dah menggunakan produk Shaklee.

Terus terang, dari awal Akak buat blog ni dan tulis blog ni, Akak langsung tak tahu apa itu SEO atau apa juga yg berkaitan dengan hal setting setting blog ni. Akak memang belajar sendiri buat blog melaui google. Langsung xpernah belajar secara profesionalnya dan jauh sekali nak tahu apa itu SEO.

Betullah orang kata, selagi kita hidup, kita memang kena banyak belajar. Dengan bisnes Shaklee ni, Akak banyak mengenali mereka mereka yang berjaya dlm bisnes. Dengan bermula dari zero mereka seterusnya menjadi HERO. Orang orang inilah yg menjadi inspirasi untuk Akak lebih banyak belajar tentang dunia marketing dlm bisnes. Bukan sekadar perkongsian di Facebook atau Instagram, malah dgn Blog juga boleh menjana pendapatan lumayan sehingga mereka boleh menjadi Master Coordinator dalam Shaklee.

Alhamdulillah Allah telah menggerakkan hati Akak, membawa Akak untuk mengenali mereka mereka yang berjaya ini. Terima kasih Allah.

Dari situ, Akak rasa terlalu banyak benda yang Akak kena belajar sebab banyak sangat yang Akak tidak tahu sampai Akak jadi stuck.

Kemudian Akak berfikir kembali. We just DO IT je. Kalau kita nak tunggu sampai kita bagus, sampai semua ilmu lengkap di dada, sampai bebila pun tak kan ke mana. 

Jadi mana yang Akak tahu, Akak terus je buat. Kalau Akak tak tau, Akak cuba belajar tetapi Akak tak nak kerana ketidaktahuan Akak itu buat Akak stuck dan tidak buat apa apa.

Akak tak mahu. Biarlah kalau orang kata Blog Akak ni mungkin tidak dapat top 10 dlm pencarian Google, tapi Akak percaya kalau dah rezeki kita insha Allah Allah pasti bukakan jalan untuk kita. Pasti ada mata mata yang sudi untuk membaca blog Akak ini.

Dalam masa yang sama, Insha Allah Akak tidak mahu putus asa dalam memahami bahasa blog ini. 

Moga korang pun tidak pernah putus asa dalam mencari rezeki halal lagi berkat.

Sampai jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment