Hakikatnya tiada siapa sangka tahun 2020 yg dijangka lebih gemilang dan terbilang.... adalah satu tahun yg sgt mencabar untuk semua umat manusia di seluruh dunia.
Di tgh malam 21 Nov 2020 ini terpanggil aku untuk kembali menulis di blog yg lama tidak kujengah.. bersawang sungguh....
Asal blog ini pun ku namakan dia Nukilan Rasa Atie Ahmad... tp disebabkan aku melibatkan diri dalam dunia bisnes Shaklee, blog ni ku jadikan tempat untuk bercerita dan berkongsi kebaikan produk dan bisnes yg aku jalankan...
Alhamdulillah setelah lebih 4 tahun membina bisnes ini, dari seorang yg tak tau menjual, kini aku lebih yakin dgn keistimewaan yg Allah kurniakan kepadaku... Yakin dan percaya setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Lambat atau cepat sahaja yg membezakan untuk kita tahu apa hikmah yg tersembunyi itu....
Dari seorang yg sgt pemalu dan rasa tak reti menjual, syukur Alhamdulillah kini aku mampu tersenyum aku dapat membina bisnes Shaklee yg aku sayangi ini dgn lebih teratur. Dari hanya dua angka je membina bisnes ni, pada tahun 2020 ini aku berjaya memegang empat angka pendapatan dgn bisnes ni. Terima kasih Allah atas keizinan ini.
Terima kasih Allah bagi peluang untuk aku mencipta kejayaan yg lebih besar. Teirma kasih temukan aku dgn insan2 yg positif yg sgt membantu aku selama aku membina bisnes ini.
Untuk kali ni je luahan aku untuk malam ini..
Nantikan lebih banyak curahan rasa aku dlm blog ini di masa akan datang.
Moga ada insan2 yg terinspirasi dgn cerita2 aku ini.
Hanya aku, insan klef.
#pengedarshaklee #pengedarshakleemeru #insancleft #sumbing #clapam
No comments:
Post a Comment