Saturday, December 10, 2016

Saya dan Penyusuan

Assalamualaikum. Bertemu lagi dlm coretan kali ini. Stp hari mmg ada je plan nk tulis kat blog tp kerana kesibukan masa dan ruang dgn anak2, selalunya mmg asyik xmenjadi je. Jadi plannya, tulis le sikit2. Moga coretan ini dpt kusiapkn dgn segera.

Kali ini aku teringin nk berciter tentang penyusuan. Alhamdulillah Allah itu mudahkan stp perjalanan aku untuk menyusukan anak aku sndiri dr anak pertama lagi. Walau tidak berjaya mencapai usia 2 tahun, dek kerana hamil anak seterusnya, aku mmg sentiasa berdoa aku tidak putus susu sepanjang menyusukan anak2ku.

Alhamdulillah, setelah 3 anak, aku dpt rasakan pengalaman menyusukan Ayulily Maryam ini adalah sgt memberangsangkan. Maryam kini sudah pun 3 bulan, Dia blm pernah lg minum susu formula, klu ada pun hanya satu malam ketika dia kena duduk kat wad Hospital Shah Alam kerana kuning. Selain dr itu, Maryam hanya minum susuku. Aku pun perasan simpanan susu stok untuk Maryam alhamdulillah sgt meriah jika nk dibandingkan dgn 2 pengalaman menyusu sebelum ini. Dan yg paling aku rs pengalaman menyusu kali ini sgt menyeronokkan sbb aku tidak memerlukan mesin pengepam susu untuk mengepam susu. Aku perasan bila tiap kali aku mengepam guna mesin, susu yg keluar agak lambat n xberapa byk sedangkan aku rs susu aku ada n byk. Jd aku cuba untuk perah dgn tgn - org kt kaedah marmet. Memang hasilnya agak byk berbanding dgn mesin. Tapi mungkin sbb xbiasa marmet, jd aku tetap pam susu guna mesin bila dah mula kerja. Bila suatu hari, aku tertinggal tube mesin susu tu, aku mula buat marmet kat opis, aku dpt hasil susu tu dgn lebih cpt. Sejak hari tu, aku decide untuk tidak lagi menggunakn mesin  Spectra 3 ku lagi. Tak perlu lg susah payah nk bw mesin tu ke opis stp hari. Sekarang ni, cuma bw botol je. Stp hari aku memastikan aku berjaya membw blk susu sekurang2nya dlm 12 oz~15oz. Alhamdulillah. Bknlah nak kata marmet tu mudah, tp aku bertabah untuk menggunakn tangan sbb ku pk lbh cpt nak penuh satu botol berbanding dgn mesin.

Aku harap aku boleh bertahan mengepam susu sehingga aku dpt bg susu ibu pada Maryam sehingga cukup usia 2 tahun. Dua anak sebelum ini aku xberjaya mencapai usia 2 tahun kerana hamil anak seterusnya. Macam masa Mawar, aku sempat bg susu kat dia sehingga usia 1 thn 5 bulan tp itu pun ku topup dgn susu formula, bila stock xmencukupi. Ketika Naufal pula, dia hanya sempat menyusu penuh susuku sehingga usia 5 bulan kerana selepas itu, bila aku disahkan hamil anak ketiga, Naufal dah xmahu lagi menyusu dgn aku.

Ingin aku kongsikan di sini, sepanjang waktu aku menyusu ini, mmg aku sentiasa mengamalkn minum ESP dan makan Vit C Plus Shaklee secara konsisten dr anak pertama. Aku makan juga Alfafa semasa dalam pantang n selepas pantang untuk beberapa bulan semasa anak pertama dan kedua. Cuma bila dah jd fully SID ini, aku mmg mengamalkn set hamil Shaklee spjg hamil anak keiga juga makan set berpantang Shaklee spjg tempoh berpantang. Sekarang ini, kerana ingin mmberi yg terbaik untuk Maryam sepanjang tempoh menyusu,  aku mmg konsisten minum ESP setiap hari untuk 3 kali minum spy susu lebih pekat. Untuk memastikan berat bdn tidak bertambah, juga untuk megelakkan susu bengkak, aku tidak akan lupa, makan Lecithin 6 biji  stp pagi sebelum sarapan dan 3 biji Omega Guard selepas lunch. Untuk dalaman dan juga untuk menambahkn susu, Alfafa tentunya mnjd pilihan utk ku telan 9 biji stp hari. Juga tidak lupa untuk kecantikan kulit dan kesihatanku dan juga baby, dah tentu Vit C Plus dan Vitalea. Kalau malam2, sebelum nak tdo, kena pastikan makan Ostematrix 4 biji stp mlm, untuk mengurangkan sengal2 badan n sakit lutut dan tapak kaki. Oste juga berperanan untuk mengelakkn sembelit.

Alhamdulillah mungkin asbab2 di atas itu jugalah, Allah mudahkan urusan aku dlm memberi yg terbaik untuk Maryam. Sebenarnya vitamin2 di atas sbg makanan tambahan yg membuatkan aku cukup nutrisi dan dpt mnyusukan Maryam dgn lebih baik. Klu pun aku dilanda selsema n batuk itu adalah dugaan dr Allah. Bknlah sbb kita mkn semua vitamin tu kita dah xperlu sakit. Sakit ke sihat ke smua itu dtg dr Allah. Jgn berfikir buat apa mkn vitamin tp tetap sakit. Kita kan berusaha n berikhtiar. Jgn limitkan pandangan kita dgn satu pendapat. Apa yg aku amalkn hanya ingin yg terbaik untuk anak2. So far Shaklee adalah produk yg aku rs sgt selamat untuk diamalkn kerana dia ada kajian Landmark Study dr luar negara. Apa itu Landmark study? Silale google.

Harapnya coretan tentang pengalaman aku mengenai penyusuan ku selama ini dpt memberi inspirasi kepada ibu2 di luar sana yg ingin menyusukan anak dgn susu ibu. Ingin tekankan di sini, nak susu byk ke apa, bukanlah semestinya perlu makan vitamin2 atau apa juga yg org kata blh bykkan susu. Semuanya adalah brgantung kepada rezeki kita. Jika kita makan apapun kalau Allah tu xnk bg, xbyk juga, tp ada kawan tu xmkn apa2 pun, tp klu Allah tu nk bg byk, byklah susu dia. Jd nape nk makan vitamin2 ni, Saya makan sbb saya usaha n ikhtiar spy saya ni cukup nutrisi untuk memberi susu yg terbaik untuk anak. Byk ke tak itu semua bergantung kepada rezeki dr Allah.

Moga anda semua dapat memberi yg terbaik untuk anak2 anda. Insha Allah.

Sampai jumpa lagi.



No comments:

Post a Comment