Friday, May 4, 2018

Supplemen Shaklee Mengurangkan Sakit Keguguran

set pantang, youth





Berkahwin di usia yang lewat berbanding rakan rakan sebaya, bukanlah satu halangan untuk saya memiliki cahaya mata.

Alhamdulillah memasuki perkahwinan yang kelima tahun 2018 ini, Allah telah menganugerahkan kepada saya 3 orang cahaya mata, seorang putera Ameen Naufal Dini, 3 tahun dan dua orang puteri Nur Mawar Deena, 4 tahun dan Ayulily Maryam 2 tahun.

Sepanjang tempoh 4 tahun itulah saya mengamalkan Shaklee dari pengguna biasa, menjadi member dan kini aktif untuk melebarkan empayar bisnes Shaklee saya untuk diwariskan kepada anak anak saya kelak. Semuanya bermula dari Set Berpantang Shaklee.

Kerana jarak setahun seorang anak dengan usia yang sudah pun masuk 40 tahun, tidak pernah terlintas untuk saya menambah bilangan ahli keluarga. Rasanya cukup dengan apa yang Allah dah kurniakan kepada saya.

Ditakdirkan March 2018, saya disahkan hamil untuk anak keempat. Berita ini saya terima dgn rasa syukur kerana pasti Allah lebih tahu apa yang sebaik baiknya untuk saya.

Saya terus ambil sepenuhnya set kehamilan Shaklee bila tahu diri telah hamil. Serta merta juga saya memberhentikan pengambilan Alfafa yang mana saya makan utk penyusuan anak no 3 juga sebagai agen detoks mengurangkan berat badan dan menghilangkan masalah keputihan. Maklumlah kononnya tahun 2018 ini misi saya nak kurus jelita. #misikurusjelita2018.

Tetapi kerana ditakdirkan saya hamil, misi kurus jelita ditunda sehingga saya selamat melahirkan kelak. Saya meneruskan pengambilan set kehamilan yang complete untuk trimester pertama, ESP, B Complex, Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix. Juga saya tambah ambil Garlic untuk solusi masalah keputihan bg ibu hamil(ganti kpd Alfafa).

Nak masuk minggu ke 10, kerana Allah itu sebaik2 Perancang, saya terasa perut saya seakan mengeras. Diikuti rasa seperti senak2 perut kemudian hari. Esok paginya ada pendarahan sedikit. Bila rasa semakin banyak sedikit, saya terus pergi ke klinik. Apabila buat imbasan di perut, doktor dapati tiada nampak jantung baby, tetapi hanya ada kantung. Scan mengesan baru 6 minggu sedangkan saya dah 10 minggu hamil. Doktor pinta saya merujuk terus ke hospital.

Di hospital Shah Alam, doktor mengesahkan kandungan tidak menjadi. Doktor memberi tempoh 2 minggu untuk keguguran itu berlaku secara semulajadi. Biarkan ia keluar sendiri katanya.

Mendapat nasihat dari sideline, mohon saya consume terus makan Alfafa sbb ia membantu proses keluar kantung dari perut dgn lebih cepat.

Dua hari selepas itu, keguguran yang dikatakan itu berlaku dgn sendirinya. Allahuakbar. Saya bersyukur Allah memilih saya untuk menerima ujian ini. Baru saya tahu begini rupanya ibu yang keguguran. Alhamdulillah saya melaluinya dengan hati yang terbuka. Selama tiga hari berturut turut saya keluar darah dengan begitu banyak dan sangat laju. Seperti tumpahnya air ketuban, begitulah keluarnya darah itu bersama ketulan seperti limpa tu. Ada yang menasihatkan saya untuk pergi ke hospital jika saya mengalami pening yang teruk kerana banyaknya darah keluar. Risau dan takut saya kehilangan darah.
Saya percaya dengan suplemen suplemen yang saya telah amalkan secara konsisten sangat membantu saya dalam menghadapi situasi keguguran dengan lebih baik.

Ramai orang kata sakit keguguran lebih sakit dari bersalin. Tapi Alhamdulillah saya tidak merasa sakit yang lebih teruk dari melahirkan. Rezeki saya barangkali, Allah memudahkan segalanya untuk saya.

Saya percaya amalan makan Vitamin C secara konsisten selama 4 tahun byk membantu saya untuk kurangkan rasa sakit keguguran itu. ESP, B Complex dan Vitalea juga banyak membantu untuk mencukupkan keperluan nutrisi dalam badan saya selama tempoh itu. Kerana itu, walaupun org kata bila keguguran ni wajib berpantang mcm orang melahirkan, Alhamdulillah dengan pengambilan kesemua vitamin yang saya sebutkan tadi, saya lebih cepat sihat.

Saya tetap melakukan tugas tugas sebagai seorang ibu seperti biasa walaupun dikatakan dalam pantang. Alhamdulillah, terima kasih Shaklee. Yang bestnya, saya semasa berurut, tukang urut puji badan saya mudah diurut dan stretch marks kat perut langsung tiada. Alhamdulillah berkat minum ESP sekian lama.

Terimakasih Shaklee. Moga cerita saya menjadi panduan untuk semua memilih Shaklee untuk kesihatan korang yang lebih baik.

Untuk ibu ibu hamil, korang ambillah set kehamilan Shaklee  dan teruskan ambil set berpantang selepas melahirkan. Insha Allah pilihan korang itu tidak akan merugikan untuk jangka masa panjang.


set pantang, set kurus


Shaklee terbukti semulajadi, selamat dan berkesan.

Sekarang saya teruskan #misikurusjelita2018 ni. Kebetulan saya dah pun menggunakan Youth Starter Pack selama 51 hari. Alhamdulillah, saya dapat  rasakan Youth banyak membantu parut jerawat yang banyak di wajah saya, pudar dari sehari ke sehari.


youth
youth


Alfafa, lecithin dan ESP pastinye tiga supplemen kurus yang sangat wajib Akak consume untuk pastikan misi kurus tercapai. Ditambah dengan skincare Youth, Vitamin C, Garlic, B Complex dan Vitalea, mudah mudahan bertambah jelita luar dan dalam.

Aamiin


Jumaati Ahmad
SID since 2015

No comments:

Post a Comment