Wednesday, July 18, 2018

My Vision Board

Assalamualaikum... hai lah lama betul rasanya tak meng update blog ini. Harap korang masih sudi nak jenguk blog Akak ini. 

Petang petang ini Akak nak kongsikan tentang Vision Board.

Sejak terlibat dengan bisnes Shaklee ini,banyak coaching yang menekankan tentang vision board. Salah saturesipi kejayaan orang orang ebrjaya ini adalah adanya Vision Board. Bila kita ada Vision Board kita tahu apa yg kita nak tuju apa yang kita nak capai.


Kita semua mempunyai impian sendiri, rumah banglo, hidup mewah, ingin menjadi hamba yang lebih baik kepada Allah, income berjuta juta namun ia hanya angan angan yang dibawa angin.

Tetapi dengan adanya vision board, bila kita lihat sekurang kurangnya 10minit satu hari akan memaksa otak kanan untuk bekerja kerass untuk mengapai impian itu.

Adakah korang sedar kuasa otakk korang? 

Tahukah korang, minda bawah sedar kita tidak tahu perbezaan di antara realiti dan visualisasi ia akan membantu korang untuk mewujudkan apa yang korang impikan jika korang mempunyai fokus yang jelas mengenai apa yang korang inginkan. Oleh itu visualisekan impian korang menggunakan Vision Board.


Bagaimana menghasilkan Vision Board? Cari gambar gambar yang menyatakan impian korang..rumah idaman, kereta mewah, gambar hamba yg bersujud kepada Tuhannya, tampal pada board dan letakkan di tempat yang orang lain tidak boleh melihatnya.

Sebab bila orang tahu Vision Board kita, ia akan mengurangkan Law of Attraction.

Maka, cubalah setiap hari habiskan masa sekurang kurangnya 10 minit di hadapan vision board korang, mimpilah seindah indahnya di hadapan vision board korang. Minda separa sedar dan Otak kanan akan mengarahkan korang untuk memberi komitmen bagi mengapai impian korang.


Pentingnya Vision Board:
· membantu kita untuk menjadi sangat jelas mengenai apa yang kita mahu
· mengingatkan kita apa yang kita mahu
· mengingatkan kita tentang komitmen yang diperlukan
· membolehkan kita sentiasa dalam mood yang positif
· mewujudkan satu tujuan dalam hidup
· Melihat Vision Board, otak percaya dan menerimanya!

Vision Board adalah satu peringatan visual setiap hari yang membolehkan kita memberi tumpuan kepada matlamat dan impian kita.

Itulah rahsia orang2 yg berjaya dan sentiasa di atas. Kalau kita tanya mereka, pasti mereka akan cakap mengenai Vision Board.

Selepas tampal Vision Board tu, kita sentiasa doa dgn Allah setiap hari. Doa adalah kekuatan untuk kita. Cakap setiap hari dengan Allah kita mahu apa yang ada dalam Vision Board itu. Cakap dgn Allah untuk sentiasa beri kita petunjuk untuk capai apa yang ada dalam Vision Board. Cakap dgn Allah untuk sentiasa memudahkan jalan untuk kita capai apa yang tertampal dalam Vision Board itu.


Lepas dah tampal dan doa, jangan ingat lepas tu goyang kaki....!!!

Kenalah ada plan. Rancang apa yg kita mahu itu selari dengan Vision Board itu. Kalau nak berjaya wajiblah kena perancangan yang sepatutnya agar apa yang diimpikan tercapai.

So rasa rasa dah tahu ke apa Vision Board korang?

Kat sini Akak kongsikan dengan korang apa Vision Board Akak.

Moga apa yang Akak impikan menjadi kenyataan.

Aamiin.

vision board, shaklee



No comments:

Post a Comment