Friday, December 4, 2020

MASALAH RAMBUT GUGUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE

 



Kali ini saya nak kongsikan testimoni saya tentang masalah keguguran rambut hilang dengan makan vitamin Shaklee.
.

Saya tahu ramai cakap normal kalau rambut kita gugur selepas melahirkan. Masih ingat lagi selepas bersalin anak pertama, dalam umur anak tu 4-6 bulan, rambut gugur dgn banyaknya. Mitos mengatakan bila anak dah mula keluarkan air liur yg banyak, ibu bersedialah nak gugur rambut banyak.
.

Memang betul masa tu banyak sgt rambut gugur. Masa bersalin anak pertama, belum pun makan set Shaklee sepenuhnya. Masa tu cuma ambil ESP, Alfalfa, Lecithin dan Ostematrix. Masa tu makan untuk banyakkan susu dan nak kembali kurus. Memang tak berapa tahu dan kenal sangat fungsi fungsi produk Shaklee yang lain.
.

Sebenarnya masalah keguguran rambut selepas melahirkan adalah berpunca dari masalah hormon ibu yang tidak stabil. Ketika ibu hamil, keadaan rambut mereka berada di peringkat terbaik disebabkan akitiviti hormon pada peringkat yang optimum.
.

Semasa hamil, rembesan hormon wanita (estrogen) adalah lebih banyak yang menyebabkan rambut berhenti untuk tumbuh secara aktif yang menyebabkan tidak ada keguguran rambut. Selepas melahirkan, jumlah estrogen ibu berkurang dengan mendadak.
.

Masa inilah rambut gugur dengan banyaknya kerana sepanjang tempoh jumlah estrogen tinggi, rambut terhenti untuk gugur.
Faktor stress dan kekurangan vitamin selepas melahirkan anak juga antara punca mudahnya rambut gugur.
.

Kerana itu, apabila hamil anak kedua, saya memang berpantang dengan mengambil set berpantang premium Shaklee termasuklah Zinc Plus. Kebetulan masa itu memang dah jadi member Shaklee.
.

Alhamdulillah sepanjang melahirkan anak kedua dan ketiga memang tak ada masalah keguguran rambut.

Nak dijadikan cerita baru baru ini sebelum mengandungkan anak yang kelima, tiba tiba saya mengalami keguguran rambut yang sangat banyak. Asal sikat rambut je, rambut gugur ke lantai. Kalau kat bilik air tu, memang banyaklah gumpalan rambut gugur di lantai.
.

Kalau dalam bilik tu memang jelas helaian rambut bersepah di lantai. Masa itu rasa macam orang ada kanser yang gugur banyak rambut.
.

Masa ini tak tahu punca apa tapi saya berusaha untuk cuba makan zinc plus balik. Sebab selama ini pun, saya makan Vitalea dan ESP yang mana antara supplemen yang boleh membantu kurangnya masalah keguguran rambut.
.

Masa nak cuba makan balik zinc plus ini, tetiba saya disahkan hamil anak yang kelima (anak nombor empat keguguran). Saya tanya upline bolehkah makan zinc plus ketika hamil. Dia cakap boleh. Memandangkan saya hamil, saya tambah makan B Complex juga. Kiranya dalam tempoh kehamilan saya memang makan Set Hamil sepenuhnya dengan ESP, B Complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix dan Zinc Plus.
.

Dijadikan cerita juga, semasa minggu ke 7, doktor tak dapat detect jantung baby. Selepas beberapa kali scan pun, doktor cakap kandungan tak membesar dan minta saya refer ke hospital. Semasa tempoh ni, saya dapat nasihat dari Mami Hadha supaya doublekan pengambilan vitamin vitamin seperti B Complex, Vitalea, Vitamin C dan ESP. Mami kata selagi doktor tak sahkan apa apa, teruskan berdoa janin akan terus membesar dengan usaha makan vitamin dengan kuantiti yang lebih.
.

Namun Allah itu Maha Perancang. Dia sebaik2 Perancang. Doktor sahkan kandungan tak menjadi dan doktor bagi tempoh untuk keguguran berlaku secara semulajadi.
.

Untuk memastikan keguguran yang lebih cepat, saya makan Alfalfa dalam kuantiti yang agak banyak untuk memastikan tiada D&C dilakukan nanti sebab dah gugur secara semulajadi.
.

Alhamdulillah selepas 3 hari makan Alfalfa, proses keguguran berlaku. Saya selamat melahirkan janin yang berumur 3 bulan lebih.
Selepas itu, saya teruskan berpantang dengan makan vitamin vitamin Shaklee yang ada.
.

Alhamdulillah sepanjang berpantang, barulah saya sedar, saya tidak lagi mengalami masalah keguguran rambut. Memang dah tak nampak helaian rambut yang bersepah di lantai. Syukur Alhamdulillah.
.
Masa ini saya sedar dengan asbab saya makan gabungan vitamin vitamin Shaklee, dengan B Complex dan Zinc Plus juga vitamin2 lain, masalah keguguran rambut terus hilang.
.
Sehingga kini, selepas habis tempoh berpantang pun, saya dah tak jumpa rambut saya kat lantai. Terima kasih Allah. Terima kasih Zinc Plus yang saya rasa sangat membantu saya menyelesaikan masalah keguguran rambut saya.
.

Saya percaya kombinasi Set Hamil/Berpantang Shaklee dgn Zinc plus menjadi asbab masalah keguguran rambut saya selesai.
.

Jadi saya sangat rekomen kalau ada sesiapa yang mengalami masalah keguguran rambut ni, cubalah makan zinc plus ni. Lebih bagus ditambah dgn b complex, vitalea, ESP dan Ostematrix.
.

Insha Allah, anda tak perlu mencari-cari syampoo apa yang sesuai untuk masalah keguguran rambut anda. Semuanya sebenarnya dari dalaman kita. Bila badan cukup nutrisi, insha Allah kurang segala penyakit datang.
.

Sekian, testimoni dari saya. Moga bermanfaat untuk semua.


Hubungi Akak:
Jumaati Binti Ahmad
SID: 1206505
WA: 012 223 9261 atau klik sini http://deenadini.wasap.my
FB: Jumaati Ahmad
FB Page: DeenaDini
IG:deenadini


#supermomshakleestory

No comments:

Post a Comment