Setelah hampir 3 tahun blog ni telah bersawang, rasa keinginan meluap2 nak menulis kembali dalam blog niii.... 3 tahun mungkin masa yg singkat utk sesetengah kita... Rasa cepat benar masa berlalu.... Tapi dalam masa 3 tahun tu terlalu banyak kisah suka duka yg kita hadap...
Syukur Alhamdulillah, masih lagi seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak yg sangat bijak dan pandai.... tahun 2023 dalam fasa membesarkan anak2... Ironi nya 2023 satu2 anak dah masuk ke alam persekolahan sebenar....
Dengan yang pertama dah masuk tahun 3, yang kedua dah masuk tahun 2 dan yang bongsu masuk tahun 1 tahun ini. Alhamdulillah... Sebagai ibu, kita doa selalu yang baik baik untuk anak2 kita...
Insha Allah 2023 ni, paling tidak blog ni tidak akan banyak sawangnya. Saya rasa saya perlu menulis untuk berkongsi dengan ramai orang kat luar sana pengalaman saya mahupun apa yg saya tahu apa yang saya rasa yang mana mungkin boleh menjadi inspirasi atau mungkin dapat membantu lebih ramai orang atas setiap masalah mahupun kesulitan yang dihadapi.
Terima kasih pada yang masih sudi membaca blog saya niii.. juga yang selama ni ada membaca kisah2 yang saya paparkan dalam blog saya.
Tahun 2023 ni, genap 7 tahun saya menjadi pemilik bisnes saya sendiri yang mana saya pengguna tegar produk kesihatan Shaklee sejak tahun 2014. Jadi untuk anda yang mungkin tercari2 produk kesihatan yang selamat dan berkesan, boleh je terus hubungi saya. Insha Allah dengan pengalaman dan pengetahuan yang saya ada, saya boleh bantu lebih ramai orang seperti anda yang mahu hidup dgn lebih sihat lebih baik setiap hari.
Saya masih punya banyak cerita banyak kisah2 lagi yang saya nak kongsikan dengan semua dalam blog saya ni.
Moga anda enjoy untuk terus membaca paparan paparan saya selepas ini.
Terima kasih semua.
Insha Allah jumpa saya di nukilan yang akan datang.
No comments:
Post a Comment