Sunday, February 20, 2011

Jodoh & Cinta

Salam, terpanggil mlm ni utk berkongsi sebuah artikel yg aku bc di sebuah blog... moga dgn perkongsian ilmu ini, pengetahuan kita lbh bertmbh dan mndpt pedoman dr isi kandungan artikel tersebut....Insyaallah.

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha. Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. 
"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati. 
" Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?" 
"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek. 
"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya. 
"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..." 
Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian. 

"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang. 


"Habis mengapa putus?" 


"Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta." 
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.


Isteri Amanah 

"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan. 


"Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta." 
"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?" 
"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa." 
"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?" 
"Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya." 
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga." 
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya. 
"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..." 
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua." 


Cantik Itu Relatif dan Subjektif 
Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya. 

Dia ketawa tiba-tiba.


"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya." "Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?""Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?" "Bukan yang cantik?" jolok saya lagi. "Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin. "Maksud abang?"Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa. "Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual." Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami." "Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."


Wasilah Memilih Jodoh


"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.
"Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."
"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"
"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"
'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.
"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"
"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik 
"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik." 
"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."
"Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum." 
Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?" 
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana. 
"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"


Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya. 
"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?" 
"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek. 
"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?" 
"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."
"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?" 
"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?" 
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.



Jodoh Urusan Allah 
"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat." 
"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad. 
"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!" 
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik! 
"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah." 
"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?" 
"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."
"Hikmah untuk kita?"
"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah." 


Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya? 
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"





Wednesday, February 16, 2011

Mengukuhkan peribadi dan akhlak mulia

Assalamualaikum wr wb. Nukilan kali ini ingin aku kongsikan ttg rs dan keinginan hati utk mnjd insan yg lbh baik dr semalam..... Kekdg aku berperang dgn perasaan sndiri...

Dari sehari ke sehari, aku cuba utk mnjd insan yg sentiasa berada dlm kasih sayang Allah.... aku cuba utk memperbaiki segala kelemahan yg ada pada aku....

Aku sentiasa berharap aku sentiasa mnjd insan yg tidak bongkak, rendah hati dan sentiasa mnjaga pergaulan aku, mnjaga adab2 sbg wanita muslimah yg mulia pekertinya....

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar....Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba Nya yg seorg ini... Hanya Allah tmpt aku mengadu...

Moga aku terus berada dlm kasih sayang Allah...Amin Amin Amin Ya Rabbal A'lamin.

Salam.

Saturday, February 5, 2011

Mentari Korea

"Sinar mentari oh Korea
Ku mendaki mimpi-mimpi
Sinar mentari oh Korea
Cinta bersemi
Pertemuan di Korea
Kau menghidupkan semula
Pertemuan di Korea
Sehingga Akhirnya"

Salam smua.... rs2 sape di antara semua yg ingat bait2 lirik di atas....?? itulah lagu nyanyian raja ema waktu sukan asia kat korea thn 1986 klu xsilap...... tetiba teringat plak dgn lagu tu bila ingin aku kongsikan pengalaman aku ketika bercuti di Korea baru2 ini.....

Alhamdulillah, percutian di Korea adalah kenangan yg aku xkan lupakan sampai bebila.... inilah percutian pertama aku di luar negara. Ironinya itulah juga pengalaman pertama aku menaiki kapal terbang....Mmg pada mulanya sgt2 berdebar nak berangkat tu.... risau sgt dan mula pk kan yg bukan2..... selamtke aku..... apatahlagi pk kan keselamatan di Korea di waktu krisis Korea Utara & Korea Selatan meletus 2 bln sblm aku bertolak.... Alhamdulillah smuanya selamat dr awal hingga akhirnya...... sesungguhnya aku rs percutian ini spt yg aku impikan..... inilah negara yg sgt2 aku idamkan utk melancong.... mcm mimpi bila dpt menjejakkan kaki ke situ.....

Hari pertama sampai di international airport incheon pd pukul 7.20 pagi waktu korea...diberitahu cuaca sgt sejuk... dinasihatkan utk memakai thermal, sarung tgn n winter coat/jacket...tp aku kononnye tahanle...xpakai pun thermal...sbb malas nak ke tandas utk pakai thermal... lagipun tgk cuaca kat luar tu mcm panas je.... sekali tu bila kuar je dr airport... mak ai..... sejuk yg amat2 sgt...... mmg menggigil..... pdhal matahari terpacak kat atas......mmg xtahan ar..... naik bas ade heater, ok le balik.... tp sampai2 terus g melawat perkampungan tradisional kat namsan hanok village.... bila turun bas..mak ai..sejuk giler.... dikatakan -15 darjah celcius... semalamnya -17darjah celcius.... nak berposing pun mnggigil...xblh nak bergmbr sgt..... hati mmg excited tp tule..menahan sejuk...nk posing pun xlarat deh....





Ckp xtahan, tp mesti kena ambik gmbr...sbb pengalaman  ni xkan berulang lagi..nak xnk kena ambik gmbr gak utk kenang kenangan.....ms ini gak kali pertama nmpk salji....ms tu mmg excited tp kena berhati2 jln sbb jln yg ade salji semua licin...kena ambik jln yg bkn salji....

Ms ni pas ambik gmbr..cpt2 terus naik bas... xtahan lor....pas naik bas kitorg terus dibawa g lunch.... mkn nasi cmpur2..... huhu....sbb first time susah gak nak adapt pemakanan kat situ....ms ni nak pk halal ke x.... skrg ni pk...asal xde benda2 yg haram...apa yg dihidangkan tu anggap je halal..... sekurang2nya merasa makanan2 korea ni...... pas mkn kitorg terus g gimpo airport utk naik flight ke pulau jeju.... mmg xcited nak g jeju.... location all in -korean drama yg aku tgk beratus kali....hahaha.... satu yg aku suka ttg korea bersih n selamat.... seoul kota yg btl2 besar n jln2 nye mmg byk....dan stp jalan tu mesti jem... kalah kl tau.... tp tetap bandar yg aku rs sgt2 menarik utk dilihat.......



Dua gmbr di atas adalah gmbr yg aku ambil di lokasi all in..belakang tu gereja di mana kbykan lokasi dlm drama all in... aku rs mcm mimpi je smpai kat lokasi drama yg aku selalu tonton...mmg mcm xpcy... dan sgt2 excited..... ms ni di ari yg kedua.....

Rasanya ckup stakat ini dulu.... apa yg pasti pengalaman bercuti di korea ni mcm spt alam fantasi.... haha....tmpt2 yg cukup cantik, bersih dan selamt,.....walau punyai masalah komunikasi, mknan yg btl2 halal n tmpt solat.... tp klu aku ade kemampuan, rsnya korea akan jd destinasi percutian pilihan utk aku pd ms2 akan dtg.......

Utk akhirnye....aku sajikan gmbr aku di lokasi winter sonata plak.... nami island ni xde penduduk...jd tmpt pelancongan semata2 disbbkan drama winter sonata... klu xde winter sonata rsnye xde sapa kot nk dtg situ.... tp mmg sgt cantik sbb klu ambik gmbr tu mcm dlm lukisan.......





Ok smpai jumpa lagi di nukilan yg akan datang......

Assalamualaikum wr wb.......


Friday, February 4, 2011

Lamanya x update.....

Salam, lamanya xupdate blog ni..... no idea nk tulis..... kena cr idea yg best klu nak tulis...... any idea....???

byk citer klu nk citer..... mungkin pengalaman di korea..... ok jap nnti kumpul idea.....

jumpa lagi....

Sunday, January 2, 2011

Nukilan Pertama 2011

2011 pasti mnjanjikan seribu warna warni dlm hidup kita... pastinye kita menginginkan yg terbaik dlm hdup kita..... 2 hari ini aku xbegitu sihat.... selama 2010, seingat aku, Allah memberikan aku kesihatan yg baik..alhamdulillah...syukur padaNYA.... ujian drNYA sempena 2011 ni.....

Bila kurang sihat, segala benda tdk menjadi... aku mnjd lemah...kurang bersemangat utk melakukan apa shj tugas atau keje....sudahle aku punye byk keje2 yg perlu dilangsaikan...... Allahuakbar...... 

Mudah2an aku tdk leka.....ya Allah bangkitkan smangat dlm diri aku.... permudahkan stp urusan aku....... Amin