Friday, December 9, 2016

Mula bisnes dgn Shaklee

Dulu ms anak pertama, just mkn je Shaklee ni. Xpernah terpk nk jadi ahli pun wlu konsistent mkn ESP n Vitamin C. Bila nk masuk anak kedua, baru terpk nak jadi ahli. Tp itu pun mmg mkn je, xde terpk nk buat bisnes. tp klu ada sape nk beli dgn kita, ok je.
Cuma bila nak masuk anak ketiga, baru terpk nk buat bisnes. Baru terbuka minda tgk org2 yg dah berjaya dlm Shaklee. Mereka yg hanya duduk di rumah, surirumah spenuh masa tetapi punye income lbh dr kita yg bekerja. Sgt2 memberi inspirasi.
Setakat ni klu kita nak buat biz Shaklee kita cuma bermula dgn modal RM68.90 aje tau (xtermasuk gst n postage).
Kalau korang cakap kena RM10 000 ke RM20 000 ke..tu salah ya.Jangan terpengaruh dengan belian pangkat ke apa k ..Nangis nanti stok simpan bawah katil aje. Lagi-lagi mulakan bisnes dengan buat loan..mau lagi teriak org kedah cakap..
Sebenarnya dgn Shaklee ini, janji kita ada smartphone..line internet. Klu tak reti langsung nak promote ..jangan risau kita ada support group yg bantu..poster cun-cun pun ada.
Jom cari side income untuk hadapi tahun 2017 yg lagi mencabar!!!
Bisnes ni kene pilih yang paling minimum modalnya, dan tak perlu beli stok bertimbun-timbun, tapi last sekali semua tak laku.
Shaklee punya bisnes adalah sangat sempoi. Orang order je baru beli.
Nak beli pon ada 3 cara mudah
 ONLINE www.shaklee2u.com.my
 CALL Shaklee hotline
 Visit HQ di Sunway Pyramid, atau mana2 branch berdekatan.
1. wangsa Maju
2. Ipoh
3. JB
4. Kota Bharu
5. Kota Kinabalu
6. Seberang Jaya
Lagi mudah bila Guidance disediakan okeyhhhh. Nak beli barang, nak consult customer, nak close sale, macam2 lagi kami berikan guide. Tadah dan DO IT sahaja!
Berminat?
Jom sembang!

Thursday, December 1, 2016

Ayulily Maryam binti Suhaimi

Assalamualaikum... kembali bertemu dlm blog kali ini slps setahun meninggalkannya. Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ini dgn segala kurniaan rezeki yg tidak terhitungnya dr Allah.


Selepas setahun berlalu, alhamdulillah keluarga kami telah bertambah. Dari dua org anak, kini telah ada seorang lagi puteri yg ku beri nama Ayulily Maryam binti Suhaimi.


Kehadiran Ayulily Maryam dalam kehidupan kami adalah anugerah dr Allah yang tidak pernah kujangka. Allah adalah sebaik2 perancang. Hanya Dia yg tahu apa yg terbaik untuk kami.


Ayulily Maryam dilahirkan pada 30 Ogos 2016, sama dgn tarikh lahir ibuku. Sepatutnya due date kelahiran Maryam adalah pd 26 September 2016. Kerana itu ku mmg xsangka dia lahir sebegitu awal - 36 minggu. Dia dikira sbg late pre matured baby. Walaupun begitu, syukur Alhamdulillah dia lahir dgn berat 2.8kg lbh dr kakak n abgnya.


Detik melahirkn dia sgt2 pantas. Sehari sblm itu aku mmg ade rs kontraksi spjg hari tp ku kira itu mungkin kontraksi palsu memndgkn br je masuk 36 minggu. Hari itu pun aku mmg ade scan checkup. Bila ku ckp dgn doktor berkenaan perut ku yg mngeras sekejap2, doktor xde ckp apa pun. Aku tetap pergi keje spt biasa siap drive sendiri ke tmpt keje. Spjg hari itu aku risau gak sbb mcm xde rs pergerakan bayi. On the way blk keje ku mmg pk nk g ke UMRA utk cek kandungan aku. Tp bila pas magrib ku rs gerakan baby n sakit perut pun kurang. Jd ku decide xnk pergi lagi. Tunggu je lg.


Spjg mlm tu mmg skjap2 rs sakit tp aku masih bertahan. Jam 3 pg tiba2 ku rs spt kencing dgn byknye. Mmg sgt2 terkejut. Inike yg dinamakan pecah air ketuban?? Saat itu aku tak tau nk buat apa. Suami baru je tdo, nak kejutkan dia mcm kesian pula. Bila kulihat asyik basah je kain yg ku pakai, aku decide untuk kejutkan suami juga untuk anta aku ke hospital. Bila decide nk g ke hospital, terpk pula dgn kakak n abg sape pula nk jaga. Call kakak ipar xangkat. Maklum jam 3 lbih siapa le nk angkat waktu org sedang berselimut. Sudahnya mencuba nasib call penjaga kakak n abg iaitu sepupuku sendiri. Alhamdulillah sekali call, dia terus angkat. Terus aku berkemas brg2 kakak n abg untuk dihantar ke rumah sepupuku pagi tu. Jam dekat pukul 4 baru keluar rumah. Ku decide untuk terus pergi ke Hospital Shah Alam.


Sampai di hospital, jam 4.30 pagi. Jururawat bertugas pun mcm pelik nape aku lambat sgt nk smpai ke hospital sedangkan pecah air ketuban jam 3 pagi. Aku sndiri xtau btlke aku nk brsalin dah. Sbb baru minggu ke 36. Klu ikut UMRA dulu 37 pun blm matang lagi, inikan pula 36 minggu. Bila doctor cek, bukaan baru 2 cm, so dia kata mmg kena tahan. Bila tnye blhke bersalin 36 minggu. Dia kata nak buat mcmmana, Allah dah bukakan jalan, kenale bersalin gak.


Ku bersyukur gak sbb dalam keterawalan aku itu, Allah seakan memudahkan jalan untuk aku. Sbb bila aku sampai di Hospital Shah Alam, hanya aku seorang sahaja pesakit di wad pendaftaran. Bila naik ke labour room pun, doctor terus membuat pemeriksaan.  Tepat jam 5.57 pagi, syukur Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak yang telah ku kandung selama 36 minggu. Begitu pantas rasanya waktu itu. Mcm tidak pernah tersangka aku blh melahirkan Ayulily Maryam dengan begitu mudah sampai nak panggil suami pun xsmpt. Bila call dia ( dia ada kat luar tmpt menunggu) bagitu dah selamat bersalin, dia pun terkejut. Baru je jumpa sblm tu minta dia bawa beg baby n aku yg ada dlm kereta, tgk2 aku dah bersalin. Alhamdulillah Allah mudahkn segalanya untuk aku.


Memandangkan ketika hamil aku ada history pengambilan BSP test, jadi baby pun menjadi mangsa pemeriksaan BSP test selama 24 jam. Klu tidak kerana itu, aku dah blh kuar hari itu juga. Aku terpaksa menunggu esoknya, baru blh keluar. Xpelah yang penting Ayulily Maryam sihat dp segala penyakit yg tidak diingini.


Ayulily Maryam binti Suhaimi nama yg kami beri sempena dengan nama ibu Nabi Isa A.S. Siti Maryam binti Imran. Siti Maryam binti Imran adalah wanita terbaik sepanjang zaman. Allah telah memujinya sebagai wanita paling mulia dlm peradaban manusia. Dia antara 4 wanita yg dijanjikan syurga. Maryam membersar mnjd seorg wanita solehah yg amat dhormati. Beliau amat suci n mnjd contoh kepada semua org lain. Beliau amat taat dlm melaksanakn perintah Allah n sentiasa menjauhi perbuatan maksiat n dosa. Dia sgt2 mnjaga kesucian dirinya.Mengambil inspirasi dr kisah Siti Maryam binti Imran ini, ku namakan  anak ku ini dgn Ayulily Maryam.Moga kelak dia mencontohi wanita agung lg mulia ini dgn bijak n pintar mnjaga kesucian diri dan kehormatan sebagai seorang muslimah sejati. Aaminn.

Mulanya mmg kami hanya mahu namakn dgn Siti Maryam. Tp bila baby dah keluar, suami kt baby ni nampak lebih ayu dr kakaknya. Jd dia mula panggil Ayu. Jd ku kt tukarla jd Ayu Maryam. So mmg dah decide untuk letak nama baby AYU MARYAM mulanya. Tidak terfikir mahu memberi nama bunga pada anak kecil ini walaupun kakaknya bernama bunga. Semua fikir kami akan letak nama bunga. Jd suami telah menambah nama bunga di saat akhir. Jadilah nama anak kecil ini AYULILY MARYAM.

Saat ini Ayulily Maryam telah pun berusia 3 bulan. Selama 3 bulan ini, aku telah mnjd seorg ibu yg punye 3 org cahayamata. Kepayahan menjaga 3 anak2 kecil sekaligus adalah ujian Allah untuk aku. Allah Maha Mengetahui kemampuan hambaNYA. Insha Allah aku xkan sia2kan anugerah dan amanah Allah ini. Kami cuba memberi yg terbaik dlm mendidik dan membesarkan anak2 kecil kami ini.

Mgga Allah sentiasa memudahkan rezeki dan urusan kami dlm menjalani kehidupan yg diredhai olehNYA.

Aaminn.

Sampai berjumpa lagi di lain coretan.

Assalamualaikum..











Wednesday, October 21, 2015

Ameen Naufal Dini

Assalamualaikum...bertemu kembali dlm Nukilan Rasa Atie Ahmad... saat post ni ditulis...aku sedang berpantang hari ke 13 selps selamat melahirkn baby yg kedua pada 9 Oktober 2015 yg lalu. Ameen Naufal Dini nama yg kuberi untuk puteraku ini. Bkn senang nk cr nm yg berkenan di hati. Byk yg ku reject..ntah satu mlm ku terpk nama Dini sbb pk si kakak dah Deena. Pastu ku pk yg kakak nm penuhnye Nur Mawar Deena..jd ku pk mcm nk cr nm yg ade N n M. Sbb dah tahu baby dlm perut ni boy, mestile mula dr Muhammad. Jd ku pk kena cr nm boy dr N. Cr2 dlm buku nama, ternmpk nm Naufal yg ku rs blm ade lg sedara mara sepupu sepapat yg nm tu...Jd ku ckp dgn hubby..nk bg nm baby dlm perut ni Muhammad Naufal Dini. Ku kt ku dah cop nm tu, jgn nk bg nm lain... Tp si ayah nk bg nm Amin kt nye... Jd tukarle kpd Amin Naufal Dini..bila pk maksud pun cantik n bagus. Jd kami sebulat suara nk fix nm tu...tp spt biasa konflik pd ejaan..konon nk bg cantik nm tu.... ku hanya terpk nk letak double E kat Ameen sbb si kakak pun ade double E kat Deena..Biar ade persamaan le kononnye..nk letak double E kat Dini mcm xsesuai je... jd ku pk letak kat double E kat Ameen... tp si ayah nk letak Amyn le..Diny le... ku ni pk xnk le ejaan yg lain sgt, nnti org yg sebut jd lain bunyinye yg kmdnnnye jd lain maksudnye... At the end, tanggal 15 Okt lalu slps 7 hari dilahirkn, kami daftarkn nm putera kami dgn Ameen Naufal Dini yg membw makna Yg AmanahYg Dipercayai Dermawan Agamaku. Moga baby Naufal jd anak yg soleh n bijak..moga kelak mnjd dermawan dan sentiasa amanah...Aaminn...

Ameen Naufal Dini ini kulahirkn dia pd 9 Okt 2015 bersamaan hari jumaat jam 1.28tghr. Dilahirkn 20 hari awal dr due date sebenar kerana air ketuban yg sgt sikit sejak 6 Okt. Sejak mengandungkn anak ini ku mmg bercdg dr awal utk melahirkn dia di Hospital Bersalin Umra Seksyen 13 Shah Alam.Kerana itu ku tidak langsung buat buku merah di klinik kerajaan. Biarpun sekali checkup menelan kos yg agak tinggi stp kalinye, ku pejamkn mata demi utk anak ini mndpt yg terbaik. Selain itu, ku xmau byk cuti ku dipotong jika ku checkup di gomen ni. At least klu di Umra, ku blh g slps opis hour atau hari cuti. Namun kita hanya mampu merancang, Allah sebaik2 penentu tiap sesuatu.Pernah ku mimpi smasa mngandung yg ku dah selamat bersalin di HTAR sekali lg. Tp ku pk itu hanye mimpi dan ku kt kn ku xkan bersalin di situ lg.Namun tidak ku sangka mimpiku jd kenyataan. Bila doktor dapati air ketuban ku hanya 3.9 pd 6 Okt, ku terus minum air kelapa 4 biji mlm tu n air tembikai suku biji.Esoknye bila checkup, naik mnjd 5.6.Doktor minta aku berehat jgn buat keje.Memandangkn jantung bb ok, doktor kt dtg blk esok sbb dia xmahu paksa bersalin terlalu awal memandangkn ade improvemnt bacaan air ketuban wlu di bwh normal. Aku terasa lega saat itu dan berhrp air ketuban terus naik. Tp malangnye esoknye 8 Oktober 2015, doktor dapati air ketuban aku tinggal 1 shj. Doktor tidak mahu menanggung risiko dgn melewatkn lg aku kerana risau baby mungkin akan lemas klu aku dibiarkn tanpa bersalin awal. Doktor merujuk kes aku ke hospital kerajaan dahulu utk pastikan bacaan air ketuban aku benar. Umra tidak berani utk induce awal kerana pd mereka 37 minggu masih blm cukup bulan.

Kerana mereka merujuk kes aku ke mn2 hospital kerajaan yg ada, mulanye aku pk mahu ke Hospital Sg Buloh.Tp ada yg menasihatkn agar aku ke HTAR shj kerana lbh dekat dan aku sendiri dah ada pengalaman bersalin di HTAR. Seperti mimpiku, nyata si Naufal mmg mahu dilahirkn sama tempat dgn kakaknye dan sekali lg mahu sama hari lahirnye dgn kakaknye juga. Sejarah berulang, bersalin di HTAR Klang pada hari jumaat di waktu tghr. Di HTAR, Klang 37 minggu adalah cukup bulan. Ms ku sampai di HTAR, doktor dapati air ketuban dah mnjd 4.Wlu ade improvemnt, mrk tetap decide utk paksa aku bersalin secara induce. Mereka letakkn ubat tepat jam 6.30 pagi Jumaat yg mn ms tu bukaan br 1cm.

Baru satu jam ubat dimasukkn, aku dah mula sakit contraction yg mn ku rasa stp minit. Klu sakit bersalin biasa, sakit itu dtg n pergi. Tp tidak induce.Sakitnye sentiasa sehingga ku rs tidak sabar utk keluarkn bayi dlm perut ini secepat yg blh. Utk kali ini, mmg ku minta suamiku berada dgn aku di wad spjg kesakitan yg aku rs. Aku xmahu lg bersalin sendirian spt mn waktu Mawar yg aku xsempat bgtahu dia pun. Jam 12 ku ckp dgn nurse ku dah xtahan dah, blhke bg ubat tahan sakit. Nurse kt perlu cek dulu bukaan.Bila cek, bukaan sudah 5. Doktor mahu pecahkn air ketuban, tp air ketuban sudah tiada. Ku ckp dgn  nurse ku dah xtahan sgt rs nk teran je. Bila doctor cek sudah 8 cm. Mereka meminta aku bertahan agar aku smpt dihantar ke labour room. Jam 1.28 tghr, ku selamat melahirkan Naufal. Alhamdulillah. Perasaan lega n syukur sgt bila semuanye telah selamat. Juga ku bersyukur utk kelahiran kali ini ku tidak perlu mngalami rasa sakit dijahit. Alhamdulillah berkat doa emak n juga mungkin penangan menelan minyak kelapa dara spjg berada di wad. Ku prcaya ada hikmah dlm stp apa yg berlaku ini...

Spjg 3 hari 2 mlm di HTAR, si kakak Mawar ku letak dgn Leha. Rindunye pd dia spjg berada di wad.  Xsabar nk tunjuk pdnya adik yg dia sgt sygi sejak dr dlm perut. Ku minta suami mmbw dia saat aku mahu discaj pd Sabtunye.Nmpk shj aku..betapa kuat pelukan rindunye. Dia sgt excited bertemu si adiknye. ALHAMDULILLAH.

Ku rs sgt bersyukur atas stp rezeki n nikmat ini yg telah Allah berikan pdku. Kini lengkap hidupku punye suami dan sepasang anak yg comel yg akan bersama2 aku meneruskan kehidupan di bumi Allah ini. Moga kasih sayang ini kekal hingga ke syurgaMu. AAMINN. Sampai jumpa lg di nukilan yg lain pula.. Wassalamualaikum...wr wb.

21 Oktober 2015
10.30 pagi


Wednesday, March 25, 2015

Selamat Kembali Menulis Blog - 2015

Assalamualaikum.... selamat kembali menulis di blog ini setelah 3 tahun aku meninggalkan dunia blog ni.... Rasanya seperti ingin aktif kembali dlm dunia Nukilan Rasa ini.... Sekurang2 nya ada memori yg tersimpan jika ada penulisan sebegini... Boleh mengimbau kembali cerita yang berlaku pd tahun2 sebelum ini....

Byk yg telah berlaku dlm tempoh 3 tahun aku meninggalkan dunia blog ini... dr seorg yg berstatus single..kini aku sudah pun bergelar ibu kepada seorg anak perempuan yg kini sudah pun berusia hampir 15 bulan - Nur Mawar Deena binti Suhaimi..... Insyaallah bulan April ini genap dua tahun usia perkahwinan ku dgn seorg lelaki bernama Suhaimi bin Mohamad Hashim. Alhamdulillah syukur pada Allah atas segala kurniaan rezeki yg telah diberi pada aku selama ini.....

Insyaallah moga apa yg ada ini sentiasa dalam keberkatan Ilahi... Moga kami semua dalam kasih sayang Allah swt...

Sampai bertemu lagi di nukilan rasa yang akan dtg.... Insyaallah aku cuba untuk mengupdate blog ini dari masa ke semasa.....

Jumpa lagi..... Assalamualaikum......

Tuesday, February 21, 2012

21 February 2012 - Bermula Kehidupan Sbg Wanita Pendakap Gigi

Salam semua.. Harini 21 February 2012.. Bermula lah kehidupan aku sbg wanita pendakap gigi.... Mcm kelakar je bunyinya....Apa2 pun....alhamdulillah..aku bersyukur dpt melalui pengalaman ini.... Aku melalui proses spt mana yg doktor cadangkn utk aku sblm ni... Spjg minggu sblm ni..aku amat risau sgt utk memakai braces ni.... Smpai semalam, aku tak tau nak bygkan rs sakitnye pakai braces..puas tgk kat internet sbg persediaan mental utk berdepan dgn kesakitan.....

Alhamdulillah, Allah memudahkan utk aku.... Harini doktor pasangkan getah dan besi di gigi....Seminggu selepas ni... doktor akan pasangkan dawai plak... Doktor kt selepas pasang dawai tu, aku akan rs kesakitan yg lebih.....

Masa selesai doktor letak besi2 di gigi td..mmg rs sgt xselesa.... rs apa bnda le.... bila dah tgk kat cermin, baru le rs ok sikit......mcm ni rupanya gigi aku......apa yg aku hrp..semuanya mudah utk aku....

Dijangka aku akan pakai braces ni selama 2 tahun..... Selepas braces, aku akan buat implan gigi pula.... Harapnya semua berjalan lancar seperti yg dirancangkan......

Buat ms skrg ni mmg le xberani nak mkn apa2....telan je..nk mkn takut terselit2 di braces tu....huhuhu....

Jumpa lagi di Nukilan yg lain...... Assalamualaikum......

Saturday, February 4, 2012

Merindui Blog.....

Salam semua..... hari ni berkesempatan utk mengexplore segala yg ade di internet...terpandang blog yg dah lama aku tinggalkan......rindu rsnye menulis dan meluahkan apa yg ada dlm hati.............

Sudah masuk 2012.... permulaan yg sgt memberi dugaan yg bukan kecik utk diri ini..... Mengharap sesuatu yg lebih baik............

Moga tahun 2012 memberi aku sesuatu yg bermakna dlm hidup...Hanya Harapan dan Doa yg tidak pernah putus.......

Insyaallah...ada kesempatan aku akan kembali rajin menulis di Nukilan Rasa Atie Ahmad ini............

Thursday, August 11, 2011

Prasangka & Penilaian

Salam Ramadhan yg penuh keberkatan dan kemuliaan.....lama xmenulis di blog ini... Mlm ini utk kesekian kalinya terpanggil utk menulis di blog ini yg dah lama sgt tidak dikemaskini....

Nukilan kali ini ingin meluahkan ttg hal prasangka dan penilaian.... Sudah mnjd tabiat manusia mmg suka berprasangka.... Prasangka baik dan juga pastinye prasangka buruk.... Manusia juga berbeza penilaian... Penilaian seseorg dgn seseorg yg lain sudah pasti xkan pernah sama kerana kita ini mmg dicipta Allah berbeza sifat.....

Manusia mudah membuat penilaian ttg org lain tanpa mengenali siapa sbenar org itu.... Suka mngkritik ttg hal lain sedangkan dia xsedar apa yg dia kritik itu samalah dgn org yg dikritik itu.....Kita tidak blh sentiasa berfikir org tu sama mcm kita berfikir....dan jgn lah mndakwa org lain itu dan ini hanya disbbkan ade sesuatu yg tidak berpihak padanya....

Huhu.... mcm keliru je ayat2 aku ini..... tp itulah yg ada dlm hati aku sekarang.... keliru dgn org yg sentiasa bijak mmberi nasihat dan dorongan.....pdhal kekdg dia juga mungkin tergolong di kalangan org yg dikritik.......

Jangan menafikan ttg penilaian kita yg pastinye berat sbelah.....Hanya ALLAH yg Maha Adil.... jgn tipu kt menilai atau mmbuat satu2 keputusan tu secara profesional tanpa ade rasa kasihan atau berat sebelah.... jgn nafikan.... bila kita baik dgn seseorg itu, sudah pasti kita akan pertahankan org yg rapat dgn kita wlu apa juga keadaan.... jgn menafikan... itu lumrah tabii manusia..... bila kita xsuka org itu, org itu buatle baik mcmmana pun, kita tetap rs ade je yg xkena.......

Sesungguhnya penilaian Allah yg btl2 Adil.... maka dgn itu, carilah amalan sebanyak2 nye utk bekalan kita di akhirat nanti.... Hidup di dunia hanya sementara, mengapa harus dipikir sgt keje2 dunia, mngapa sibuk kisahkan dunia sedangkan nnti kita akhirnya akan pergi ke sana..... Mengapa kita tidak berlumba2 utk mengejar bekalan di sana??? Mengapa tidak dilebihkan amalan akhirat yg kita mmg tahu kekal abadi di sana nanti.....

Kejarlah sblm terlambat...... Jgn menanti n menunggu....... Buat skrg sblm segalanya terlambat nnti..... Penilaian manusia hanyelah perkara duniawi yg xkan dibw ke akhirat...... Jd lakukan segalanya sbg satu amanah & ibadah.... Semua hanyalah kerana Allah.... kerana kita satu hari nanti pasti kembali kepada Allah...

Moga ramadhan kali ini terus mmberi kekuatan utk kita terus beribadah n beramal kepada Allah..... MOga Ramadhan kali ini berbeza dgn ramadhan kita yg sudah2...... AMIN>>>>>>>....